in

“Memang tak sengaja” – Balai Polis Simpang Lima Minta Netizen Henti Tular Gambar Bendera Terbalik

My Post 2020 09 22T105107.893 768X384 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, pasang bendera terbalik, terutamanya Jalur Gemilang adalah salah di sisi undang-undang. Sebab tu, kalau nak pasang bendera kena tengok betul-betul dulu.


Tular gambar balai polis di Perak pasang Jalur Gemilang terbalik

Pdrm 1

Baru-baru ni, agak kecoh di media sosial bila tular gambar bendera dipasang terbalik di Balai Polis Simpang Lima di Parit Buntar, Perak.

Ramai netizen yang mempersoalkan perkara ini, lebih-lebih lagi bila insiden ini berlaku di kawasan balai polis sendiri.

Ekoran dari itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mazuki Mat mengatakan bahawa insiden bendera terbalik itu tak disengajakan.

Bendera tersebut telah dipasang oleh salah seorang anggota polis lelaki pada jam kira-kira pukul 6 pagi sebelum dia tamat tugasnya, lapor Bernama.

Kerja memasang Jalur Gemilang bersama bendera negeri Perak dan bendera polis dilakukan pada 6 pagi setiap hari sebelum diturunkan pada pukul 6 petang namun kejadian yang berlaku semalam tidak disengajakan.”

Keadaan ini hanya disedari oleh orang awam satu jam selepas pemasangan bendera tersebut dan bila rakan setugas memaklumkan kepada anggota tersebut, dia kembali ke balai untuk betulkan semula posisi bendera itu.

Tambah Mazuki lagi, Ketua Polis Balai Simpang Lima juga telah pun membuat laporan mengenai kejadian ini dan meminta orang ramai untuk tak tularkan lagi gambar tersebut.

“Kami telah mengambil keterangan anggota berkenaan dan menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 1963.”

 

Baca: “Tak perasan” – Alasan Peniaga Lepas Ditahan Polis Sebab Pasang Bendera Terbalik

Screenshot 2020 09 22 At 6.10.58 Pm

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.