in

“Tak perasan” – Alasan Peniaga Lepas Ditahan Polis Sebab Pasang Bendera Terbalik

Cats 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu pemasangan bendera terbalik bukanlah sesuatu yang baru lagi di negara ini. Setiap tahun, pasti ada sahaja isu bendera terbalik yang berlaku.


Terbaru, polis telah menahan seorang peniaga dan pekerjanya di Kuah, Langkawi selepas mereka dilaporkan memasang bendera negeri Kedah secara terbalik di restorannya.

1 20

Penangkapan ini dibuat selepas pihak polis menerima laporan daripada orang awam. Peniaga berusia 58 tahun dan pekerjanya yang berwarganegara Bangladesh, 32 tahun ditahan pada sekitar pukul 6 petang.

Hasil siasatan menunjukkan peniaga meminta pekerjanya memasang bendera negeri Kedah dan tanpa mereka sedari, ia dipasang secara terbalik. Susulan daripada kejadian ini, kedua-dua individu telah direman oleh pihak polis.

Dalam pada masa yang sama, pihak polis juga membuat siasatan ke atas kesahihan permit kerja milik warga Bangladesh tersebut selepas dia hanya menunjukkan salinan dokumen.

Kredit: Harian Metro

BACA: Rebus Telur Guna Air Kencing Budak Bawah 10 Tahun, Ini Kisah Pelik Tradisi China

Cats 15

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.