“Memang saya yang minta”- Bapa Tiri Umpan Anak Di Kampus Suruh Balik Kemas Rumah Masa Ibu Outstation, Rupanya..

Siapa sangka rupanya ada udang disebalik batu bila si ayah tiri ini tergamak merogol anaknya sehingga hamil.

Gadis 18 tahun itu dikatakan masih dalam pelajaran di semester ketiga, menurut Tribunnews, perbuatan terkutuk itu dilakukan sebanyak empat kali. Ia terjadi sewaktu ibu kandung kepada gadis tersebut bekerja di luar kawasan.

 

Umpan suruh balik rumah lepas habis kelas, suruh kemas

Sumber : Tribunnews

Peristiwa hitam buat gadis dari Indonesia ini berlaku pada bulan Mei dan 7, 8 Oktober 2019 lalu. Bapa tiri yang berumur 46 tahun itu telah mendirikan rumahtangga bersama isterinya pada 2005.

Suspek akan mengugut mangsa dengan menggunakan senjata tajam untuk bunuh kalau enggan menuruti kehendaknya.

Pernah sekali, suspek ‘umpan’ meminta mangsa yang berada di kampus pulang kerumah untuk kemas sebab pada masa tu ibu kandung mangsa tengah outstation.

Namun, perbuatan itu terbongkar apabila si ibu perasan tingkah laku anaknya itu berubah. Mangsa akhirnya ‘buka mulut’ sebelum melaporkan hal ini kepada pihak polis.

Hasil pemeriksaan, mangsa dilaporkan mengandung 5 bulan akibat diperkosa oleh ayah tirinya. Pada awalnya mangsa sendiri tak tahu dan ingatkan dia terkena serangan itu kali terakhir pada bulan Oktober, rupa-rupanya sejak dia kena pada Mei lepas, dia dah mengandung.

 

Dah kena 4 kali

Bapa tirinya ditangkap dan menyangkal dakwaan mangsa ketika disoal siasat. Katanya gadis itu hamil merupakan hasil daripada hubungan dengan kekasih.

Padahal dah ada bukti dah pun.

Sungguhpun dia mengaku suruh anaknya pulang kerumah, tapi dia nafikan yang dia ada ugut anak tirinya itu dengan putar belit cerita kononnya parang yang dia gunakan itu terletak dalam kereta dan tak pernah dikeluarkan.

Ekoran dengan perbuatannya itu, suspek boleh dikenakan hukuman 12 tahun penjara jika disabitkan bersalah.

 

Baca : “Padan muka!” – Ibu Bapa 6 Budak Ampang Ditahan Polis Sebab Bagi Anak Bawa Basikal Lajak

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?