Farah Lee bukanlah nama asing dalam media sosial tempatan, dia merupakan aktivis serta pempengaruh terkenal yang sangat aktif dalam aktiviti kemanusiaan serta kebajikan.
Terbaru, Farah Lee atau nama sebenarnya Farahin Romli menerusi Instagram miliknya berasa kecewa apabila ada pihak menuduhnya menyalahgunakan dana yang dikumpul untuk bermewah-mewahan.
Artikel berkaitan: “Bangunan untuk buat content” – Farah Lee Minta Netizen Hati-hati Dengan Daud Kim, Isu Bina Masjid Di Korea
Artikel berkaitan: “Sekarang kita dah seri” – Datang Majlis Resepsi Farah Lee, Reaksi Ally Iskandar Dipuji Netizen
Dalam hantaran tersebut, Farah berkata dia tidak mengambil sesen pun dana yang dikumpul oleh badan kebajikannya Childrity untuk kegunaan peribadi.
View this post on Instagram
“Kalau korang follower tegar aku, pasti korang akan selalu nampak aku kongsi pengurusan dana fl.childrity dari masa ke semasa.
Takde apa aku nak sorok pun, semua aku letak transparent dalam website. Aku pergi misi Childrity pun tak pernah ambil satu sen elaun ke apa, padahal time misi korang yang pernah travel sekali dengan aku tau lah aku kerja macam mana,” luahnya.
Farah menegaskan dia mempunyai pendapatan sendiri seperti perniagaan lain serta kerja-kerja penggambaran.
Dia juga tidak menyangkal ada pihak yang memulakan kerja-kerja kebajikan untuk cepat kaya dengan ‘makan’ kos pengurusan namun itu bukanlah apa yang dilakukan olehnya.
Dalam pada itu, dia juga berkongsi dia melakukan kerja-kerja begini kerana minatnya yang mendalam serta ingin membantu mereka yang memerlukan, malah dia sangat tidak suka meraih populariti dengan menonjolkan diri di media.
“Taknak sokong takpe, tapi hati-hati jangan sampai jatuh fitnah. Tak percaya derma je dekat ngo/yayasan lain, tak perlu nak perli-perli kalau tak tahu.
Dah satu hal aku nak tulis panjang-panjang pagi ni, dah lah penat misi qurban Sri Lanka, tiber kena tuduh macam tu, kecik hati dan triggered weh,” luahnya lagi.
Harap Farah Lee sentiasa bersabar…
Sumber: Instagram