Salah sebuah pesawat milik syarikat penerbangan di Bulgaria, ALK Airlines dilaporkan mengalami air turbulence teruk ketika dalam percubaan untuk mengelak ribut petir, lapor Simple Flying.
Menurut Yahoo News, pesawat Boeing 737-300 yang berlepas dari Pristina, Kosovo menuju ke Basel di Perancis pada Ahad malam (16 Jun) membawa 121 penumpang.
Ketika di ruang udara Itali, cuaca ribut petir menyebabkan pesawat mengalami air turbulence dan salah seorang penumpang, Mirjeta Basha sempat merakam saat-saat ketika detik mendebarkan tu terjadi.
Rakaman video berdurasi 40 saat tu menjadi viral di internet menunjukkan keadaan di dalam pesawat yang bergegar dan boleh dengar suara penumpang menjerit ketakutan.
Tak lama lepas tu, salah seorang pramugari yang lalu di aisle untuk memberi refreshments kepada penumpang tercampak ke atas siling pesawat. Lepas tu alat bantuan pernafasan terkeluar dan air dilihat menitik jatuh ke dalam pesawat.
Akibat air turbulence yang teruk tu beberapa penumpang dikatakan terkena simbahan air panas dan 10 penumpang dilaporkan mengalami cedera ringan.
Tonton video penuh di bawah:
Sumber: Youtube
Penerbangan tu mengambil masa dua jam setengah dan selepas mendarat pesawat tersebut berpatah balik ke Pristina. Manakala penumpang yang cedera terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Tiada kecederaan parah dilaporkan dan jurucakap ALK Airlnes berkata,
Semasa tanda tali pinggang menyala, telah berlaku sedikit penurun altitude disebabkan air turbulence itu dan pesawat tiba tiba mengalami air pocket.”
Sebab tu admin takut naik kapal terbang wehhhh!
Baca: Video Viral Tunjuk Penumpang ‘Boarding’ Pesawat Lion Air JT610 Sebelum Terhempas