in

Covid19 : Kes Di Utara Semakin Teruk? Sebuah Lagi Sekolah Di Perlis Diarahkan Ditutup

Gambar Hiasan 1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belum pun negara kita menarik nafas lega dan menikmati pencapaian terbaik jumlah kes Covid-19 yang rendah, negara kita dikejutkan dan seolah dihukum oleh segelintir individu yang mementingkan diri sehingga wujudnya sebuah kluster yang besar di utara tanah air kita


Sejurus daripada itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan agar pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) di beberapa buah kawasan kedah dan perlis

Pun begitu, akibat daripada Perlis mencatat 30 kes dengan 11 kes baharu daripada Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivangga semalam, sebuah lagi sekolah di Kuala Sanglang diarah tutup lapor Berita Harian.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis, Naharudeen Othman, berkata Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Chin Hun adalah sekolah ketiga ditutup di daerah itu dengan semua guru diarahkan untuk menjalani perintah kuarantin di rumah.

1 5 1

Menurutnya, sesi pembelajaran sekolah berkenaan boleh dibuat secara dalam talian atau penjaga murid boleh ke pondok pengawal sekolah bagi mengambil kerja rumah yang ditinggalkan oleh pihak sekolah.

Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga mengeluarkan arahan kepada guru untuk menjalani Perintah Pengasingan Di Rumah HIO, jadi tiada guru yang boleh hadir untuk mengajar,

Naharudeen berkata pihaknya masih menunggu arahan daripada MKN berdasarkan situasi semasa penularan wabak dan setakat ini tiada belum ada sebarang arahan dikeluarkan.

Sebelum ini, 5 sekolah di Kedah dan dua sekolah di Perlis iaitu Sekolah Kebangsaan Sanglang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang ditutup berikutan mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 kluster Sivangangga

Baca: Kluster Sivagangga: Lepas Budak Sekolah, Kini Dua Anak Kecil Umur 2 Tahun Pula Dijangkiti Covid-19

Fb 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.