Ramai usahawan yang terjejas gara-gara wabak Coronavirus dan PKPB. Kalau bisnes perkahwinan dan agensi pelancongan lagi lah terkesan sebab sekarang orang kahwin online dan melancong juga tidak dibenarkan.
Namun, apa yang dilakukan oleh Mila Jirin yang juga penyanyi dan usahawan perniagaan perkahwinan, Bizmila Wedding Centre ni buat ramai yang salute. Menerusi Instagram, penyanyi yang berusia 32 tahun ni menjual kek untuk membayar gaji pekerjanya.
https://www.instagram.com/p/CAOpNuOnyFl/
Bos macam ni memang idaman semua orang kan.
Difahamkan, memandangkan syarikat kateringnya memang ada menyediakan kek dan manisan untuk majlis perkahwinan, Mila terpaksa jadi kreatif untuk menampung kos pengurusan sebanyak RM200,000 dengan mengambil tempahan pastry dan kek sempena hari raya.
Antara kek yang dijual ialah kek pandan gula melaka, strawberry cheese cake dan brownies tower. Tiba-tiba teringin jugak nak makan kek dari Bizmila ni sebab nampak sedap.
Katanya, dia tak harapkan keuntungan pun, yang penting gaji pekerja-pekerjanya dapat dibayar.
Rata-rata netizen memuji inisiatif Mila dalam memastikan staff di bawah seliaannya tidak terjejas teruk sepanjang PKP. Bertuah kan pekerja dia dapat bos baik macam ni.
Kita doakan semoga bisnes Mila akan semakin pulih lepas ni.