Ibu pejabat Tesco di British telah dedahkan laporan tentang perhambaan moden dan mendapati pekerja-pekerja asing di stor dan pusat pengedaran Tesco di Malaysia telah dilayan dengan teruk.
Pendedahan ini dibuat selepas menemubual lebih 168 pekerja asing di Malaysia yang mendakwa majikan dorang simpan pasport, upah dikurangkan tanpa sebab dan selalu dipaksa kerja lebih masa.
Menurut Reuters, sebanyak 68 pasport pekerja Indonesia dan 171 pasport pekerja Nepal dipegang oleh majikan mereka.
Pasport dorang hanya dipulangkan bila ada polisi ada prosedur baru yang memerlukan penggunaan pasport atau masa nak renew permit bekerja atau urusan kerajaan yang lain.”
Bagi menangani isu ini, ibu pejabat Tesco telah membuat pelan merangkumi siasatan terhadap beberapa dakwaan, memberikan sokongan dan bantuan kepada pekerja oleh orang yang boleh bercakap bahasa ibunda dorang dan beberapa garis panduan supaya pekerja ada hak untuk ambil pasport bila dorang perlukan.
Selain itu, pengurus juga akan dilatih untuk memahami kepentingan pekerja dan menambah baik tempat tinggal pekerja dan kebajikan dorang.
Baca: Pekerja Tesco Terpaksa Bersihkan Sampah Sarap Bawah Rak, Netizen Soal Salah Pelanggan Atau Staf?