Kalau sebut pasal bangkai ni rasanya semua dah tahu kan baunya macam mana. Memang busuk tak tertahan, tambah-tambah pulak kalau jumpa bangkai kucing atau tikus dekat dengan kawasan rumah.
Tapi seorang individu ini lalui pengalaman ekstrem sikit apabila dia telah menemui bangkai musang di atas siling rumahnya. Adoi macam mana boleh ada musang kat situ??
Menerusi perkongsian Berung Marah di page Tukang Apa Hari Ini, dia menceritakan satu tragedi yang berlaku di rumahnya baru-baru ini.
Menurutnya, perkara tersebut berlaku di bilik air apabila selama beberapa hari dia terasa seperti ada air yang menitik di kepalanya. Namun dia sangka ia cuma air karat saja. Tapi bila dipecahkan atap, tak sangka pula terjumpa seekor musang gergasi yang sudah mati.
“Bangkai tu dah dibuang, tapi nak dijadikan cerita…”
Namun yang menjadi permasalahannya sekarang ialah selepas bangkai tersebut dibuang, bau bangkai itu masih lagi melekat pada asbestos rumahnya.
Lebih merumitkan keadaan, bahagian atas siling itu pula berselirat dengan wayar lampu dan lain-lain.
Pagi tadi rumah kami telah ditimpa tragedi musang mati atas rumah, yang mana darah dan air dari bangkai tersebut telah menitik-nitik sepeti.
“Bangkai tu dah dibuang, tapi nak dijadikan cerita asbestos kat tempat musang tu bersemadi dah melekat bau haruman seribu bunga. Bahagian atas tu pun berselirat dengan wayar lampu dll.
“Jadi apakah cadangan tuan-puan semua?”
Bingung dengan kejadian berlaku, dia meminta cadangan netizen untuk menyelesaikan masalahnya.
“Tembak dengan clorox…”
Rata-rata netizen yang mengikuti posting itu memberi pelbagai cadangan dan ada pula yang ikut sama bingung memikirkan cara bagaimana nak menyelesaikan masalah tersebut.
Apa-apapun mujurlah tuan rumah ni dah jumpa bangkai musang atas siling rumahnya. Kalau tak check, entah berapa lama bangkai tu ada atas siling kan?
Baca: Ingatkan Bangkai Tupai, Budak 8 Tahun Ini Rupanya Terjumpa Bom Di Tengah Jalan