in

Ingatkan Bangkai Tupai, Budak 8 Tahun Ini Rupanya Terjumpa Bom Di Tengah Jalan

Bom

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Saya jumpa bom.”


Itulah kata-kata seorang kanak-kanak perempuan selepas dia terjumpa satu bom di tengah-tengah jalan semasa sedang bermain di luar perkarangan rumahnya.

Memetik laporan Metro, insiden itu berlaku di Ankeny, Iowa, Amerika Syarikat pada Rabu lalu sebelum jam 9.30 pagi. Difahamkan, Maya Buffington, 8, menemukan objek terbabit selepas menyangka ia adalah bangkai tupai.

Fa29C437 8B79 4F2B B8C2 1De014B43039 Image 800X572 1 E1623473152275

“Saya ingat ia bangkai tupai jadi saya pergi untuk melihatnya tapi saya terjumpa sesuatu yang dibaluti pita pelekat dan kadbod,” terang Buffington.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu segera melarikan diri dan melaporkan penemuannya kepada ibunya yang terus menelefon pihak berkuasa tempatan.

Homo2Yfaxzcqplvnvsnuw2O4Dy E1623473359961
Gambar hiasan

Menurut sumber, bom terbabit bukanlah yang pertama pernah ditemui di utara kawasan kejiranan Des Moines. Kira-kira tiga bulan lalu, polis telah menemui pipe bomb hidup yang ditinggalkan di luar sebuah pusat mengundi.

“Kami tak mampu beri kata kepastian sama ada kedua-dua kejadian ini adalah saling berkait tapi kami tak nafikan mahupun mengiakan,” kata Sgt Corey Schneden. 

Sgt Schneden menambah, bom yang dibaluti pelekat dan kadbod itu tidak sama dengan pipe bomb yang ditemui pihaknya beberapa bulan lalu. Walau bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai bom yang ditemui pada hari Rabu itu.

Polis Ankney kini sedang giat menjalankan siasatan untuk mengesan si pelaku yang meninggalkan bom terbabit di kawasan awam.

Dalam pada itu, penemuan bom terbabit mendatangkan kerisauan kepada penduduk setempat. Ada yang menyuarakan kegusaran hati sekiranya bom itu tidak ditemui lebih awal dan meletup apabila dilanggar kenderaan susulan lokasi penemuannya yang betul-betul berada di tengah jalan raya.

Sumber: Metro

Baca: “Dahsyat gak orang tua cemburu” – Pakcik Baling Bom Petrol, Bengang Bekas Kekasih Jatuh Cinta Dengan Kawan Sendiri

Collage 39 E1623472907589

Sumber: WFTV

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.