
Apa lagi masalahnya melayu ni, asyik nak kecam je… Mungkin ‘kecam’ ni dah jadi satu penyakit agaknya…
Seorang lelaki yang dikenali sebagai arepyong yang selalu memuat naik video-video tentang cara meyebut perkatan Inggeris dan French di Twitternya telah dikecam oleh netizen. Baru-baru ini dia telah memuat naik video cara menyebut perkataan ‘Chanel, Yves Saint Laurent, Louis Vuitton dan Marijuana’ dengan betul. Tapi yang peliknya netizen ni fokusnya pada sebutan lain yang disebut oleh arep iaitu ‘pronunciation’ berbunyi seperti ‘pronNOUNciation’.
Sumber: Twitter
Benda lain yang nak disampaikan, benda lain juga la yang netizen ni perhatikan. Betul la orang selalu kata salah kecil tu la yang orang nampak, tapi sepuluh kebaikkan orang tu dia tak nampak…
Muat naik video kerana permintaan orang
Arepyong yang selalu memuat naik video-videonya di Twitter atas permintaan orang ramai yang ingin bertanya tentang cara yang betul untuk menyebut perkataan tersebut dan bukan dia saja-saja nak berlagak atau nak tunjuk pandai.
Share ilmu tu kan tak salah. Kita ambil yang positif dan buang yang negatif. Tak begitu?
Niat untuk berkongsi
Ada juga netizen yang masih menyokong tindakan arep dan merasakan apa yang dibuatnya tidak ada salah pun dan niatnya hanya untuk berkongsi.
Sumber: Twitter
Betul apa yang dikatakan netizen ni, “people learn everyday”, jadi tak salah kalau nak berkongsi ilmu dan terpulang pada mereka yang lain nak terima ataupun tak tapi jangan lah asyik nak kecam je. Sampai bila-bila pun tak kan maju kalau macam ni. Betul tak?
Sumber: Twitter
Adab menegur tu juga perlu ada, jika orang lain buat salah, tegur baik-baik dan bukannya menghentam terus dan buat secara public. Kita semua ni proses belajar bukan perfect mana pun. Jadi keep support benda yang positif ye!
Baca: “Lagu Bobo versi ni lagi best!” – Netizen