in

Mekanik ‘Tibai’ Pelanggan Dengan Penukul Sebab Tak Jadi Hantar Baiki Kereta Dekat Bengkel Dia

Bengkel Owner

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kita tengok video viral pergaduhan antara pemandu bila ada accident, tapi kali ni lain sikit sebab dua individu ni bergaduh dekat bengkel.


Menurut Nextshark, seorang pemilik bengkel sedang disiasat pihak berkuasa lepas didakwa memukul pelanggan di garajnya bulan lepas.

Insiden tu berlaku pada 27 September lalu dekat bengkel lelaki berusia 60 tahun tu di Singapura. Video ketika kejadian yang dirakam menjadi viral dan difahamkan pemilik tu tak puas hati sebab sebuah kereta tak jadi dibaiki di bengkel dia.

Today i would like to intro you guys my friend 来来哥 Lai la lai la 来啦来啦Like N Follow Our Page For Daily News And Offers Updates[Merchant On Board] Surveillance Zone Singapore professional CCTV security camera system provider supply and installation package for commercial and residential since 2003.Website: www.surveillancezone.com.sg

Posted by District Singapore on Thursday, October 4, 2018

Melalui video tu, pemilik bengkel dilihat bergaduh dengan mangsa dikenali sebagai Liu di hadapan kereta pelanggan lain yang dibawa ke garaj lepas berlaku kemalangan.

Difahamkan, sebelum berlaku kemalangan, Liu ada recommend bengkel tu dekat pelanggan tersebut dan diberikan komisyen sebanyak 8,000 Singapore Dollar (RM24,033.36).

Tapi, pelanggan tu kemudian buat keputusan untuk hantar kereta dia dekat bengkel lain menyebabkan pemilik tu naik angin. Yela, dah bagi komisyen sekali tak jadi hantar kan!

Dalam video tu, boleh nampak pemilik berkenaan yang tengah pegang hood kereta tiba-tiba lepaskan menyebabkan tangan Liu tersepit. Ouch sakitnya!

Bengkel 1

Bengkel 2

Disebabkan tu, keadaan terus jadi huru hara dan berlaku pergaduhan dan adegan menjerit antara mereka berdua. Pelanggan tu terus tolak pemilik bengkel yang kemudian menghayun penukul seolah-olah nak hentak dekat dia.

Liu dengan pelanggan tu kemudian cuba tolak kereta keluar dari bengkel tapi pemilik berkenaan menghalang dengan menahan dari bahagian depan.

Bengkel 3

“Semasa pergaduhan berlaku, dia (pemilik bengkel) gunakan bahagian kayu penukul tu dan hentak di belakang kepala saya. Saya terus hubungi polis lepas tu. Disebabkan kepala sakit sangat, saya pergi ke Hospital Komuniti Sengkang di mana saya ditahan wad selama satu hari,” kata Liu.

Pihak polis dihubungi pada jam 3.49 petang untuk bantu meleraikan pergaduhan tu. Ketika disoal wartawan, pemilik tu akui tiada niat untuk cederakan mangsa. Malah dia juga pergi ke hospital dan disuruh berehat selama 3 hari kerana ditolak secara kasar oleh Liu.

Gif Tolak

Adoi macam macam lah! Tapi mungkin dia marah sangat sebab si Liu tu dah ambil duit tapi last last pelanggan tu tak jadi pun repair kereta dekat bengkel dia.

Baca: Wanita Diterajang Selepas Pertengkaran Akibat Kemalangan Kecil di KTM Ipoh

Terajang Ktm Ipoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.