in

“Mek Klate menang” – [VIDEO] Lawak! Lelaki Pandai Cakap Banyak Bahasa Rugi Kena ‘Scam’ Dengan Wanita Kelantan

Page Kecek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bahasa merupakan salah satu perkara yang paling banyak digunakan secara meluas kerana ianya digunakan sebagai asas untuk berbicara dengan orang ramai. Tak kisah lah sama ada berkomunikasi dalam basa ibunda ataupun bahasa lain.


Malah, dengan keadaan dunia yang semakin maju, ada yang sampai boleh menguasai lebih dari 2 bahasa! Tambah pula dengan adanya gajet canggih, memang senang je lah nak belajar pelbagai bahasa tu sendiri.

Baru-baru ni, tular di media sosial gelagat seorang lelaki yang boleh bertutur pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Arab, Portugal, Perancis dan banyak lagi.

Dari video itu, lelaki ini akan bertanya kepada orang yang lalu lalang tentang bahasa yang mereka gunakan untuk bertutur dan sekiranya dia tidak tahu apakah bahasa yang digunakan, wang sebanyak 20 Euro akan diberikan kepada orang tersebut.

“Ingatkan kat kedai tomyam je kena scam, rupanya…”

Kebolehan lelaki yang boleh berbicara lebih dari empat bahasa itu sememangnya buatkan orang kagum dan seolah-olah tak percaya dengan kelebihannya. Mana taknya, cakap Korea pun boleh haa… Annyeong!

Namun, segalanya berubah apabila lelaki ini berjumpa dengan seorang wanita dari Malaysia dan bertanyakan dirinya tentang bahasa yang digunakan tapi jawapan dia memang buat semua tercengang!

“Demo kecek Klate ko?” – Ujar wanita Malaysia itu

Kecek

Sebaris ayat tu saja dah cukup untuk menyebabkan lelaki sedikit keliru sebelum meneruskan perbualan dan mengatakan bahawa dia mempelajari Bahasa Indonesia yang dikatakan tak sama dengan Bahasa Melayu.

“Tak pasal-pasal akak tu terus dapat duit”

Ekoran itu, lelaki ini terus menghulurkan wang sebanyak 20 Euro kepada wanita itu kerana dikatakan ‘berjaya’ menunjukkan bahawa dia tidak mengetahui sepenuhnya Bahasa Melayu. Wah, untung eh akak ni…

Video itu juga telah mendapat perhatian orang ramai terutamanya rakyat Malaysia sendiri kerana mereka tidak menyangka wanita Kelantan itu berjaya ‘menundukkan’ lelaki itu dengan dialek Klatenya yang bersahaja.

Tweet Full 2

Alamak, confirm abang ni terus study semua dialek yang ada kat Malaysia lepas ni. Hahaha!

Baca: “Betul-betul Malaysia ni!” – [VIDEO] Netizen Terpukau, Makcik Jual Cakoi Fasih Berbahasa Kantonis

Untitled 3 6

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.