in

McDonald’s Malaysia & RMHC Hidupkan Senyuman Anak-Anak Yang Memerlukan Dengan Sambutan Hari Jadi Istimewa

collage 3

Bulan Oktober merupakan bulan yang cukup istimewa untuk McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia. Setiap tahun, mereka akan adakan Program Bulan Komuniti McDonald’s & RMHC, dan tahun ni dah masuk edisi ke-9 tau!

Apa yang buat program ni lagi bermakna adalah kerjasama rapat dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Dengan sokongan ni, inisiatif yang dijalankan bukan je konsisten tapi makin lama makin kukuh untuk bantu lebih ramai golongan memerlukan.

Tahun ini, McDonald’s & RMHC teruskan tradisi dengan menganjurkan acara tahunan serta sambutan hari jadi istimewa untuk anak-anak di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah, Seremban pada 30 September lalu.

Sejak 2017, Oktober menjadi bulan istimewa bagi McDonald’s Malaysia meraikan anak-anak yatim dan istimewa di seluruh negara. Tahun ini, lebih 120 institusi kebajikan dan hampir 6,000 kanak-kanak diraikan dalam sambutan hari jadi McDonald’s yang penuh keceriaan.

Foto 3C

Acara tahunan ini mendapat sambutan positif daripada pihak JKM yang menganggapnya sebagai contoh terbaik kerjasama antara sektor swasta dan kerajaan dalam memperkukuh sistem penjagaan sosial negara. McDonald’s bukan sahaja menunaikan tanggungjawab sosialnya, malah menjadi inspirasi kepada syarikat lain untuk turut memberi impak kepada masyarakat.

“Kami amat menghargai usaha McDonald’s Malaysia yang secara konsisten tampil ke hadapan dalam menjaga kebajikan rakyat, khususnya kanak-kanak yang memerlukan. Kekuatan rangkaian restoran McDonald’s di seluruh negara membolehkan manfaat disalurkan terus ke setiap lapisan masyarakat, termasuk lokasi-lokasi yang sukar dicapai pihak lain.

Inilah contoh terbaik bagaimana sektor swasta boleh menjadi rakan strategik Kerajaan dalam memperkukuh ekosistem penjagaan sosial negara. McDonald’s bukan sahaja melaksanakan tanggungjawab sosialnya, malah menjadi pemangkin untuk menggalakkan syarikat lain mencontohi usaha murni ini.”kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JabatanKebajikan Masyarakat, Puan Rosmahwati Ishak

Semasa sambutan hari jadi di Institusi Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban, RMHC umumkan pembinaan Bilik Terapi Sensori Integrasi. Ini merupakan salah satu inisiatif utama McDonald’s dan RMHC dalam menyokong anak-anak berkeperluan khas. Dengan kelengkapan moden dan jurupulih terlatih, bilik ni boleh tampung sehingga 120 sesi terapi sebulan untuk anak-anak dengan autisme, ADHD dan cabaran perkembangan lain.

Bilik Sensori Ronald McDonald

IMG 170 2

McDonald’s & RMHC juga bangunkan Bilik Sensori Ronald McDonald khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Fasiliti ni membantu mereka bina kemahiran kognitif, tingkatkan keyakinan diri, serta belajar kawal emosi dalam suasana yang selamat.

IMG 110 1

Bilik Terapi Sensori Integrasi di Institusi Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah juga merupakan Sensory Integration Gym moden yang lengkap dengan peralatan khas dan juruterapi terlatih.

Bagi menjayakan usaha ini, RMHC menyumbang RM50,000 untuk pembinaan bilik terapi, manakala McDonald’s Malaysia turut menyalurkan tambahan RM10,000 sebagai tanda komitmen membawa keceriaan kepada kanak-kanak.

Foto 1 1

Bukan tu je, fasiliti ni juga dibuka kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) sekitar kawasan dan bakal jadi hab latihan Negeri Sembilan untuk melatih lebih ramai juruterapi dalam bidang intervensi awal.

Bilik Terapi Sensori ini dilihat bukan sekadar fasiliti dalaman, tetapi sebagai hab komuniti yang berkongsi sumber untuk manfaat bersama.

Fasiliti ini juga akan berfungsi sebagai hab latihan Negeri Sembilan untuk melatih lebih ramai tenaga pengajar dan jurupulih dalam bidang intervensi awal.

“RMHC komited menyediakan sokongan yang memberi impak besar kepada kanak-kanak. Dengan adanya Bilik Terapi Sensori ini, kami berharap anak-anak istimewa lebih yakin, berdikari, dan mampu mengembangkan potensi diri mereka,” – kata Encik Mohd Nasri Bin Mohd Nordin, Pengurus Besar Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC).

Tapi kalau korang nak tahu, McDonald’s & RMHC telah merealisasikan banyak lagi inisiatif lain untuk membantu golongan memerlukan.

Rumah Ronald McDonald’s 

Gambar Baru RRM HCTM UKM scaled 1 1536x1106 1

Inisiatif pertama yang diwujudkan adalah Rumah Ronald McDonald’s, dengan matlamat utama untuk mudahkan urusan keluarga yang terpaksa merantau jauh demi rawatan anak-anak.

Konsep “rumah jauh dari rumah” ni sangat penting sebab ibu bapa boleh tinggal dekat hospital tanpa perlu risau pasal kos penginapan. Jadi, mereka boleh fokus sepenuhnya untuk temani anak sepanjang rawatan.

20230819RMHC 102 1 1024x683 1

Setakat ni, ada 4 buah Rumah Ronald McDonald di Malaysia:
  • Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Kuala Lumpur
  • Ronald McDonald House di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan
  • Ronald McDonald House di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur (Hospital Wanita & Kanak-Kanak)
  • Ronald McDonald House di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah

Gift Of Smile

GOS2

Tahukah korang, di Malaysia seorang daripada setiap 700 bayi lahir dengan masalah sumbing bibir atau lelangit? Walaupun tak mengancam nyawa, ia boleh beri kesan psikologi yang mendalam pada kanak-kanak.

Sejak 2004, program Gift Of Smile dah menyalurkan lebih RM5.5 juta untuk membantu lebih 1,000 kanak-kanak jalani pembedahan pembetulan. Selain pembedahan, rawatan susulan macam ortodontik, terapi pertuturan dan penjagaan gigi juga disediakan supaya anak-anak ni dapat membesar dengan lebih sihat, yakin dan ceria.

Pek Kembali Ke Sekolah

Foto 1

Inisiatif seterusnya ialah Pek Kembali Ke Sekolah yang bermula pada 2017 dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Tujuannya mudah, iaitu mahu tingkatkan keyakinan pelajar asnaf dan keluarga B40 bila masuk sesi sekolah baru.

Foto 2 1536x1024 1

Setiap pek lengkap dengan pakaian seragam, kasut, stoking, alat tulis dan beg sekolah. Sejak dilancarkan, program ni dah salurkan hampir RM10 juta kepada lebih 200,000 pelajar sekolah rendah.

McDonald’s & RMHC Menjaga Kebajikan Anak-Anak 

Empat inisiatif utama ni membuktikan McDonald’s & RMHC bukan sekadar hulurkan bantuan sementara. Sebaliknya, mereka kembalikan senyuman, tanam keyakinan, dan beri peluang untuk kanak-kanak serta keluarga menikmati kehidupan yang lebih bermakna.

Foto 3B

Dengan sokongan pelbagai pihak, usaha ni akan terus diperkukuh demi memastikan lebih ramai anak-anak Malaysia membesar dengan sihat, berkeyakinan dan penuh harapan.

Nak tahu lebih lanjut tentang inisiatif McDonald’s & RMHC, ikuti laman web, Facebook dan Instagram rasmi mereka.