in

MBSJ Larang Penduduk Subang Jaya Tanam Pokok & Sayur Di Luar Kawasan Rumah

Cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penduduk Subang dilarang menanam pokok dan sayur-sayuran di luar kawasan rumah mereka. Inilah arahan baru yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).


Bagaimanapun, penduduk Subang boleh berbuat demikian jika berjaya mendapat izin daripada MBSJ melalui Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

2 4

Menurut penolong pengarah Jabatan Pengurusan Korporat dan Strategik MBSJ, Azfarizal Abdul Rashid, MBSJ mempunyai polisi tersendiri untuk mengawal penanaman pokok dan mencantikkan landskap.

“Penanaman pokok yang tak terkawal akan mengakibatkan pokok membesar dengan tidak terkawal dan mengganggu keharmonian landskap”

“Meletakkan pasu bunga secara tidak terkawal boleh mencacatkan pemandangan dan boleh menjadi punca pembiakan nyamuk Aedes”

“Penanaman pokok buah pula boleh menarik perhatian nyamuk dan semut yang sering menjadi aduan penduduk di sini”

Arahan ini sekaligus melarang mana-mana penduduk untuk menggali atau bercucuk tanam di luar kawasan rumah mereka. Ini kerana kawasan tersebut adalah untuk keselesaan komuniti di situ.

1 11

Azfarizal juga berkata ada penduduk yang bercucuk tanam sehingga mendominasi kawasan perumahan, sekali gus menggangu penduduk lain untuk menggunakan kawasan tersebut dengan selesa.

Untuk rekod, MBSJ hanya membenarkan pokok yang secara asalnya ditanam oleh pihak mereka sahaja boleh berada di luar kawasan rumah penduduk.

Sumber: Malaymail

BACA: Datuk Bandar Diikat Di Pokok & Dimaki Beramai-Ramai Lepas Gagal Bekal Air Bersih

Untitled 1

 

Sumber: malaymail
Sumber: malaymail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.