in

Saintis Cipta ‘Pokok Cecair’ Untuk Perbaiki Kualiti Udara Di Bandar

F3 Liquid 3 Belgrade

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika dibandingkan, kualiti udara di bandar dan di kampung memang jauh beza. Kalau di kampung, udara yang dihirup setiap pagi selalunya segar, tapi kalau kat bandar pula, mesti akan berbau macam asap kenderaan kan.

Namun, nampaknya saintis telah menemui penyelesaian kepada masalah pencemaran udara di bandar kerana menurut Euro News, saintis telah berjaya mencipta Liquid Tree atau pokok cecair.


Liquid Tree

Untuk pengetahuan semua, Liquid Tree ini ialah tangki berisi 600 liter air yang mengandungi mikroalga.

Mikroalga itu kemudiannya akan digunakan untuk mengikat karbon dioksida dan kemudian boleh menghasilkan oksigen melalui proses fotosintesis.

Buat masa ini, pokok cecair itu diletakkan di tepi jalan di bandar Belgrade, Serbia kerana bandar tersebut merupakan bandar keempat yang paling tercemar di negara berkenaan.

Ini kerana ia mempunyai dua buah loji kuasa arang yang besar. Jadi, ia telah menyebabkan pencemaran udara yang teruk di kawasan itu.

Mesti korang tertanya-tanya, kenapa dorang tak tanam pokok betul je kan?

Ha, menurut Dr Ivan Spasojevic yang merupakan salah seorang penulis projek Liquid Tree itu, mikroalga itu boleh menggantikan dua batang pokok yang berusia 10 tahun atau 200 meter persegi rumput.

Pokok dan rumput boleh melakukan proses fotosintesis,” tambahnya lagi.

Fungsi LIQUID Tree adalah seakan sama dengan proses fotosintesis yang dilakukan oleh pokok dan rumput.

Namun, penggunaan mikroalga adalah 10 hingga 50 kali lebih berkesan untuk melakukan proses fotosintesis itu berbanding pokok.

Difahamkan juga, inovasi Liquid Tree ini bukanlah untuk menggantikan sepenuhnya fungsi pokok-pokok di hutan namun sebaliknya, pihak saintis mahu menggunakan sistem Liquid Tree itu untuk kawasan bandar yang kesempitan ruang untuk menanam pokok.

Liquid 3

Tambahan pula, dengan keadaan pencemaran udara yang sangat teruk di Belgrade, banyak pokok yang ditanam tidak dapat bertahan namun alga pula tiada masalah untuk terus hidup kerana ia tidak terkesan dengan masalah pencemaran udara.

Projek Liquid Tree yang juga dikenali sebagai LIQUID 3 itu juga ada manfaat yang lain.

Ini kerana ia direka dengan bangku dan turut disediakan pengecas telefon pintar serta mempunyai panel solar yang akan menyala pada waktu malam.

Jadi, penduduk sekitar juga akan mendapat pelbagai manfaat daripada projek Liquid Tree ini.

Sumber: Euro News, World Bio Market Insights

Baca: “Gigih ukur & tanam satu-satu”- Pokok Di Hutan Ini Ditanam Ikut Bentuk Emoji ‘Smiley’

Feature 4.4

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.