in

Datuk Bandar Diikat Di Pokok & Dimaki Beramai-Ramai Lepas Gagal Bekal Air Bersih

Untitled 1 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila tibanya hari mengundi untuk sesuatu kawasan atau negeri, calon yang bertanding kebiasaannya akan menawarkan janji-janji manis buat para pengundi mereka.


Ada ahli politik yang berjanji akan menurap semua jalan berlubang, dan ada juga ahli politik yang tekad dalam membasmi kemiskinan dalam kawasan yang bakal dijaga. Apa yang bakal terjadi jika janji tersebut tidak ditepati? Kebiasaannya, tiada apa yang akan berlaku.

Namun tidak untuk sebuah bandar di Mexico, pengundi kawasan tersebut bertindak menghukum datuk bandar yang tidak menjalankan tugas dengan baik.

Mayor 1

Datuk Bandar Frontera Comapala, Mexico, Oscar Ramirez Aguilar menjadi mangsa amukan pengundinya apabila dia ditangkap dan diikat pada sebatang pokok. Semuanya gara-gara selepas beliau gagal membekalkan air bersih buat penduduk di situ, meskipun telah berjanji pada tempoh hari.

Selepas terpilih pada pilihan raya lalu, Aguilar ada membangunkan fasiliti pemprosesan air namun masih belum berfungsi seperti yang diharapkan. Fasiliti tersebut hanyalah indah khabar dari rupa.

Oscar Eduardo Ramirez Aguilar Mesa Directiva 1

Jelas penduduk di situ kecewa dan tidak mampu mengawal kemarahan mereka terhadap datuk bandar tersebut. Bagaimanapun, datuk bandar tersebut berada dalam keadaan yang baik dan tidak dipukul oleh penduduk di situ.

“Mereka tidak ikat saya. Pertemuan itu dilakukan secara aman bersama 11 wakil penduduk yang lain”

Selepas dilepaskan, datuk bandar menafikan dirinya diikat pada sebatang pokok oleh para penduduk meskipun videonya sudah tersebar luas di media sosial.

 

Sumber: Mexico News Daily

 

BACA: Isu Air Bersih: Menteri Cadang Rakyat Kelantan Untuk Manfaatkan Air Hujan

Cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.