in

Cikgu ‘Redah’ Laluan Balak 6 Jam Untuk Edar Homework Di 13 Kampung Supaya Murid Tidak Ketinggalan Ketika PKP

Feature 3 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai guru yang risau dengan pendidikan anak murid mereka sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Bukan semua pelajar ada akses internet kat rumah kalau cikgu nak buat online class kan.


Jadi, cikgu-cikgu terpaksa menjadi lebih kreatif dalam memastikan anak-anak didik mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Kali ini kegigihan seorang cikgu di kawasan pedalaman Sarawak meredah laluan balak enam jam setiap minggu untuk mengedarkan homework buat anak muridnya mendapat perhatian ramai pihak, lapor mStar.

Cikgu 3

Guru Bahasa Inggeris dan Seni, Muhammad Nazmi Rosli yang menetap di Lawas, Sarawak akan mengedarkan bahan belajar itu setiap minggu di 13 kampung di mana anak-anak muridnya tinggal.

Dia akan melalui jalan balak dari Lawas di utara Sarawak untuk ke perkampungan itu dan perjalanan boleh mengambil masa kira-kira enam jam, pergi dan balik.

Menurut tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Long Sukang itu, disebabkan dia merupakan satu-satunya guru sekolah tersebut yang masih ada di kawasan itu, dia akan mencetak homework yang turut dikirim oleh guru-guru yang lain sebelum diedarkan kepada 111 murid sekolah terbabit.

Cikgu 2

Tiada anak-anak yang ketinggalan itulah misi sekolah kami

Jangan risau, guru yang berusia 27 tahun itu juga telah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk ke 13 kampung berkenaan dengan bantuan pejabat pendidikan daerah (PPD). Jadi, takde istilah cikgu langgar PKP ya. 

Cikgu 1

Selain itu, para pelajar juga diwajibkan untuk mencuci tangan sebelum dan selepas menerima homework tersebut.

Bagus betul cikgu-cikgu sekolah ni kan. So, yang suka hati cakap cikgu goyang kaki je waktu PKP ni, korang kena siasat dulu, bukan main hentam je cakap cikgu makan gaji buta. 

 

Baca: “Rumah cikgu dah jadi studio TV3” – Netizen ‘Salute’ Tengok ‘Effort’ Cikgu Buat Greenscreen Untuk Mengajar ‘Dari Jauh’

Cikgu

Sumber: mStar
Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.