Matrikulasi Buka 1,000 Tempat Untuk Orang Cina

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Isu kemasukan pelajar bukan bumiputera ke universiti awam ni boleh dikatakan antara isu sensitif disebabkan kuota yang ditetapkan. Rata-rata non bumiputera kerap merungut yang mereka tak dapat tempat di U awam sebab kerajaan selalu lebihkan golongan bumiputera. Emm…

Namun baru-baru ni Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik ada satu berita baik. Menurut Malaysiakini, Kementerian Pendidikan akan tawarkan 1,000 tempat khas kat pelajar Cina yang cemerlang SPM ke program matrikulasi 2018/2019. Yang lagi best, mereka yang dapat peluang ni majoritinya daripada kumpulan berpendapatan rendah B40. Waa tahniah, tahniah! 

Sumber: Malaysiakini

Pertambahan pelajar ni mestilah menimbulkan sedikit persoalan sama ada ia akan ganggu kuota pengambilan pelajar yang sedia ada atau tak. Tapi menurut Dr Maszlee, tawaran khas kepada pelajar Cina ni tak jejas pengambilan pelajar bumiputera ke matriks pun. Tawaran khas ni juga dah pun dipenuhi lebih 800 tempat sejak semalam.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa berpegang kepada pendirian untuk membantu semua pelajar yang cemerlang dan layak dari segi akademik dan mempunyai keperluan untuk dibantu dari segi tahap sosio ekonomi mereka,” kata Dr Maszlee.

Gambar hiasan

Bagi yang tertanya-tanya tentang pelajar India pulak, Dr Maszlee ada kata yang kerajaan sebelum ni dah pun umum penambahan 700 pelajar sejak April lepas.

Cadangan Dr Maszlee ini disambut baik para netizen yang rata-rata menyokong tindakan menteri tu. Bagi mereka, kemasukan ni akan wujud persaingan sihat di antara bumiputera dan non bumiputera dalam pelajaran. Baru mencabar sikit kan??

Sumber: Facebook

Tawaran dah ada di depan mata. Grab peluang yang ada gaiss! 

Baca: Menteri Pendidikan Dipuji Buat Spot Check 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!