in

Mati Pucuk Punca Johnny Depp Lakukan Keganasan Seksual – Amber Heard

Johnny Depp Mati Pucuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes pelakon Hollywood sensasi Johnny Depp dan Amber Heard masih menjadi bualan ramai apabila beberapa dokumen yang difailkan bulan Mac lepas terbongkar kepada orang awam.



Amber Heard yang merupakan pelakon filem Aquaman itu mendakwa bekas suaminya itu mempunyai penyakit erectile dysfunction atau mati pucuk, difahamkan ia menjadi punca mengapa Johnny Depp melakukan keganasan seksual terhadapnya.

“Meskipun Depp tidak mendedahkan masalah disfungsi erektil dihadapi, keadaannya sangat relevan menjadi punca keganasan seksual termasuk tindakannya menggunakan botol untuk merogol Heard,” kata peguamnya.

16594197183042

Menurut laporan Daily Mail, Amber Heard berkata Johnny Depp ada mengambil ubat untuk penyakitnya itu tetapi ia tidak membuahkan sebarang hasil dan disebabkan itu, pelakon Pirates of The Caribbean itu marah dan sering melepaskan ‘kemarahannya’ kepada Amber Heard.

“Saya menyifatkan sebagai ‘seks marah’ disebabkan Depp tidak mampu beraksi dengan baik.

Depp pernah mencampakkan saya atas katil dan ia berlaku beberapa kali. Malah, memaksa melakukan hubungan seks dalam keadaan marah,” dakwa Heard.

Selain itu, Amber Heard juga berkata Johnny Depp selalu menghabiskan masa minum arak bersama kawan-kawannya dan sudah mula menderanya dari tahun 2013.

Hmm, harap ‘settle’ cara baik lah…

Baca: Tak Serik, Amber Heard Bakal Keluarkan ‘Revenge Book’ Lepas Kalah Dengan Johnny Depp

Collage 27

Sumber: MARCA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.