Beberapa hari selepas tularnya gambar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beratur membeli makanan di KFC, hari ini muncul pula kisah baru mengenai Tuanku yang menarik perhatian rakyat Malaysia.
Menerusi perkongsian di Instagram Istana Negara, baginda pagi tadi telah mencemar duli dengan turun dari kenderaan rasmi untuk bantu mangsa kemalangan jalan raya di Putrajaya. Wah Tuanku! Salute habislahhh!
https://www.instagram.com/p/BzJxYlin95p/
Walau bagaimanapun, mujurlah mangsa kemalangan iaitu Puan Jasliza Jamil tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan baginda kembali meneruskan perjalanan untuk ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama YAB Perdana Menteri di Istana Melawati, Putrajaya.
“Ya Allah bestnya dapat jumpa Yang di-Pertuan Agong. Walaupun accident, boleh lupa kejap pasal accident tu”
Rata-rata netizen yang melihat posting ini merasa teruja dan memuji keprihatinan baginda terhadap rakyat jelata. Malah ada juga dalam pada tu menyamakan sikap baginda seperti almarhum ayahandanya, Almarhum Sultan Ahmad Shah yang memang gemar membantu mereka dalam kesusahan.

“Sama macam almarhum ayahandanya berjiwa rakyat”

Semoga akhlak baginda sentiasa menjadi contoh yang baik buat rakyat jelata. Daulat Tuanku!