in

“Masuk penjara macam masuk lubang kubur” – Jamal

Alahaijamal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa pulak kali ni Jamal?


Lepas kena penjara selama 27 hari, pemimpin kontroversi UMNO Datuk Seri Jamal Md Yunos mungkin dah terbiasa dengan kehidupan penjara dan kini bangkit dengan satu isu berkaitan banduan pulak.

Menurut Malaysiakini, Jamal katanya menuntut ‘reformasi penjara’ yang mengetengahkan kebajikan warga penjara. Antaranya adalah termasuk dengan menuntut kebenaran supaya tahanan diberikan kebenaran untuk menghisap rokok.

Okok
sumber: nst

Katanya larangan hisap rokok ni boleh buat tahanan lain cari jalan yang lebih bahaya macam telan pemetik api dan beg plastik berisi tembakau supaya dorang boleh merokok kat dalam penjara. Jamal menegaskan yang kelakuan menelan beg plastik ni boleh sebabkan kematian kalau benda tu pecah dalam perut. 

Untuk selesaikan masalah ni, Jamal mencadangkan supaya tahanan dibenarkan untuk merokok sehari sekali atau menerima lawatan.

“Objektifnya untuk mengurangkan (penyeludupan),” kata Jamal yang menjangkakan akan terima kritikan orang ramai lepas suarakan perkara tu.

Apeni
sumber: malaysiakini

Jamal juga sempat berkongsi pengalamannya ketika ditempatkan di Penjara Sungai Buloh. Khabarnya dia menyifatkan pengalaman di Tawakal, blok terbaik kat Penjara Sungai Buloh tu sebagai tempat paling buruk di dunia.

Bukan tu je, dia jugak cakap yang perasaan masuk ke penjara tu macam masuk ke lubang kubur.

Fuhhhhh!

Jamal dulu pernah ditangkap lepas Barisan Nasional kalah pada PRU 14 atas beberapa pertuduhan tapi dia lari ke Indonesia. Tak lama lepas tu dia berjaya diberkas polis di Jakarta dan dihantar pulang balik Malaysia.

Jamal 2
sumber: twitter

Bulan ni Jamal dijadualkan hadir ke mahkamah pada 10 Ogos ini bagi prosiding kes penceroohan.

Alahai..korang setuju ke dengan cadangan Jamal ni?

Baca: Jamal Ingat Mahkamah Kedai Kopi Ke?

Jj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.