in

“Masjid Negara akan memulakan pelaksanaan solat Jumaat, solat berjemaah & solat Tarawih hari ini” – JAKIM

Jakim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkiflu Mohamad al-Bakri telah mengumumkan bahawa masjid, surau Jumaat dan surau tepilih di Zon hijau yang terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja di benarkan buka bermula hari ini.


Namun begitu, Harian Metro melaporkan bahawa Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Paimuzi Yahya menyatakan perlaksanaan itu hanya akan membabitkan Masjid Negara iaitu satu daripada tiga masjid utama negara yang berada di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

 

Hanya Masjid Negara yang berada dalam zon hijau buat masa ini.

Dua  masjid lagi iaitu Masjid Putra, Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya masih berada dalam zon kuning,

Paimuzi berkata, bagaimanapun pelaksanaan solat berjemaah di masjid mestilah mematuhi semua syarat sebagaimana dinyatakan dalam garis panduan disediakan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak pentadbiran masjid terlebih dahulu dan tidak dibenarkan hadir ke masjid untuk solat berjemaah atau sebarang aktiviti sebelum mendapat keizinan pentadbiran masjid.”

Tambahnya lagi, ini bagi mengelakkan berlakunya kehadiran jemaah yang di luar kawalan pihak masjid dan boleh menyebabkan penjarakan sosial yang tidak terkawal.

Pelaksanaan solat berjemaah dihadkan kepada jemaah iaitu tidak kurang daripada tiga orang dan maksimum 30 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan masjid serta jemaah yang akan ditentukan oleh pihak pentadbiran masjid.

 

Baca : [TERKINI] Solat Jumaat – Berjemaah Dibenarkan di Masjid, Surau Terpilih di Wilayah Persekutuan – Dr Zulkifli

Dr Zul

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.