in

“Masjid bila lagi?” – Orang Selangor Dah Boleh Makan Di Kedai Bermula Esok

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas kerajaan bagi kelonggaran yang kedai makan boleh beroperasi untuk masa yang lebih lama, kini kerajaan Selangor dah bagi kebenaran untuk pelanggan makan di restoran pula mulai esok!

Pun begitu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan supaya orang ramai perlu mematuhi penjarakan sosial, lapor Awani.


94574851 10158544967617052 6238472836759945216 O

Semua premis makanan dibenarkan beroperasi sepenuhnya bermula pukul 7 pagi hingga 10 malam.”

Manakala, peniaga pula tak dibenarkan membuka meja di kawasan kaki lima mahu pun di kawasan parkir kereta.

Malah, peniaga food truck dan penjaja tepi jalan turut dibenarkan untuk beroperasi sepanjang PKPB ini bermula dari jam 8 pagi hingga 10 malam.

Tak cukup dengan itu, semua jenis taman di Selangor juga akan dibuka bermula pukul 7 pagi hingga 7 malam dan orang Selangor juga boleh melakukan aktiviti memancing kalau nak.

Pihak berkuasa akan membuat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa bagi memastikan SOP yang disediakan oleh kerajaan dipatuhi semua pihak.

 

Baca: [TERKINI] “Tak boleh panggil tukang gunting rambut ke rumah”- Ismail Sabri

Feat 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.