in

“Masih teringiang raungan mereka” – Lelaki Sebak, Kongsi Detik Sayu Kemalangan Di Plaza Tol Bukit Kajang

Bukit Kajang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah perkongsian di TikTok oleh pengguna, Ridhwan Mohamad, meruntun hati netizen apabila dia menceritakan detik cemas semasa berada di lokasi kemalangan maut di Plaza Tol Bukit Kajang semalam.

Menurut Ridhwan, dia menjadi individu yang terpaksa memaklumkan kepada pasangan suami isteri bahawa anak mereka yang masih bayi telah meninggal dunia dalam nahas tersebut.


“Maih terngiang-ngiang lagi suara husband and wife tu. Aku yang bagitahu mereka anak mereka dah tak ada selepas didesak beberapa kali.

“Lepas tu viral pula kenyataan mereka di TikTok, rupanya mereka tunggu cahaya mata tu 10 ke 14 tahun. Sedih sangat. Masih terbayang lagi mereka meraung,” katanya sambil menahan sebak.

Ridhwan berkata, sebaik tiba di lokasi, dia melihat beberapa kereta sudah remuk teruk sebelum ternampak seorang lagi mangsa di atas rumput yang masih selamat.

Katanya, ketika itu ambulans masih belum tiba.

Artikel berkaitan: Murid 9 Tahun Maut Jatuh Dalam Lubang Kumbahan, KPM Arah Siasatan Segera

Artikel berkaitan: Berkedalaman 1.8 Meter, Murid Tahun 3 Maut Jatuh Dalam Saluran Kumbahan Di Sekolah

Bukit Kajang
Seorang bayi lelaki maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang.

“Mak kepada baby tu menangis, tanya macam mana anak saya? Saya terpaksa bagitahu, ‘dah tak ada dah baby tu’.

“Masa tu ibu bayi tu meraung kuat. Hanya Allah je tahu macam mana perasaan bila kena sampaikan berita macam tu,” katanya lagi.

Video perkongsian Ridhwan di TikTok kini meraih lebih 18 ribu tanda suka dan 364 komen daripada netizen.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bayi lelaki berusia 12 bulan maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan iaitu sebuah lori tiga tan membawa barangan lusuh, kenderaan pacuan empat roda Nissan X-Trail milik JKR, sebuah Honda City dan Proton X70.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 11 pagi sebelum tiba 11 minit kemudian di lokasi kejadian.

Bayi lelaki tersebut ditemui tersepit di bawah kereta Nissan X-Trail dan berjaya dikeluarkan jam 11.30 pagi, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.