Sehingga kini kita masih lagi dihidangkan dengan isu-isu membabitkan perkauman dan yang berunsurkan sentimen yang tidak sedap didengar.
Namun sedar atau tidak banyak juga isu yang melambangkan perpaduan dan keharmonian kita sebagai masyarakat berbilang bangsa yang hidup aman damai di negara tercinta ini.
Seperti kisah yang dikongsikan Ayim di twitter mengenai seorang pakcik cina yang datang memberi pertolongan ketikda dia sedang memerlukan.
Cuba mntak tolong tp tak ada yg tolong, last2 alhamdulillah dipertemukan dgn seorang lelaki chinese..”
https://twitter.com/Bangyeem/status/1295364894045306882
Ayim berkata, mula-mula dia buntu juga namun bernasib baik kerana dipertemukan dengan uncle yang baik hati ini ketika keretanya rosak berhadapan KFC Bandar Baru Sungai Buloh.
Uncle tersebut datang dan bertanya tentang masalah kereta, sebelum dia check dan mendapati rupanya bateri kereta ‘weak’.
Yang penting uncle tadi sangat sporting. no issue rasict,Uncle kata kita ni rakyat malaysia kena saling tolong menolong orang.Kalau org lain susah itu kita tolong,nt tuhan bagi kita ganjaran. Esok lusa kalau kita pula yg ada masalah, nanti ada org lain akan tolong kita juga..
Kata Ayim, sebenarnya masih ada lagi rakyat Malaysia yang baik hati, berhati mulia, yang tak racist dan sanggup memberi pertolongan dalam kesusahan.
Jadi kita sebagai rakyat malaysia tak kira bangsa dan agama, bersama-samalah kita hidup bersatu padu, harmoni dan aman damai.
Terima kasih uncle!