in

“Masalah warna luntur” – Khatam Maklum Keluhan Pelanggan, Kongsi Tips Cara Nak Basuh Baju Melayu Mereka

Ft Khatam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jenama baju Melayu tempatan terkenal, Khatam dilihat menjadi sorotan warganet berikutan dengan keluhan pembeli produk mereka yang mengalami masalah warna pakaian mudah luntur pada cucian pertama.

Menurut pelanggan di media sosial, kejadian seperti ini pertama kali terjadi sepanjang produk ini berada di pasaran. Walau bagaimanapun, pihak Khatam ambil cakna dengan keluhan pelanggan dan bertanggungjawab dalam membenarkan pelanggan untuk memulangkan semula pakaian yang terjejas di butik serta mengembalikan wang mereka.


Artikel berkaitan: Tular Foto Majlis Siraman & Khatam Al-Quran, Anakanda Sultan Pahang Tengku Muhammad Bakal Berkahwin Bulan Ini

Artikel berkaitan: Sonny Bill Williams Buat Netizen Teruja, Pakai Baju Melayu Sambut Aidilfitri

Setiap maklum balas pelanggan kami ambil serius – Khatam KL

Biarpun begitu, topik ini sudah mula menjadi perbualan netizen, oleh itu, pihak Khatam KL telah tampil bersuara dan memberikan sedikit penerangan serta tips tentang cara untuk membasuh baju Melayu keluaran jenama itu agar ia tidak melunturkan warna.

Khatam Khatam 2

Menerusi Threads milik jenama berkenaan, Khatam menyatakan bahawa pihak mereka sangat menitik beratkan kepuasan pelanggan dan sedia mengambil maklum terhadap sebarang isu yang terjadi. Malah, mereka terbuka untuk menghubungi pelanggan jika terdapat sebarang masalah.

Berikut antara cara yang dijelaskan oleh pihak Khatam untuk membasuh baju Melayu jenis Patawali yang didakwa berdepan dengan masalah luntur warna:

Screenshot 2026 03 09 173727

Di samping itu, Khatam juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami sebahagian pelanggan, mereka juga menghargai kesabaran dan kepercayaan pelanggan terhadap produk mereka.

Sumber: Thread

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.