in

“Mas, yang kamu lakukan itu jahat!” – Nicholas Saputra Muat Naik Foto Wanita Lain Di IG, Ramai Netizen Patah Hati

Nicholas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau ditanya siapa aktor Indonesia yang tetap menjadi pujaan gadis-gadis sejak dari tahun 90-an hingga sekarang, mesti ramai yang akan menyebut nama Nicholas Saputra yang terkenal dengan filem, Ada Apa Dengan Cinta?


Seperti yang korang semua tahu, Nicholas ni sampai sekarang masih bujang trang tang tang. Tapi baru-baru ini, dia membuat kejutan apabila memuat naik foto seorang gadis di laman Instagramnya tanpa sebarang kapsyen. 

Disebabkan wajahnya gadis itu terlindung, ramai yang gagal meneka siapa gadis tersebut. Namun Nicholas nampaknya tidak berselindung apabila dia sendiri tag Instagram gadis tersebut yang bernama Caitlin North Lewis!

 

Siapa Caitlin North Lewis dan apa hubungannya dengan Nicholas Saputra? 

Sebelum korang buat apa-apa telahan, sebenarnya Nicholas dan Caitlin ni katanya sedang dalam penggambaran satu filem terbaru negara seberang, lapor Tribunnews.

5Faa20E13Af92 Caitlin North Lewis Nicholas Saputra 663 372

Caitlin yang baru berusia 18 tahun ni mulai dikenali apabila membintangi filem berjudul Hit & Run (2019) bersama Jefri Nichol.

5Ee07556B7C3D Caitlin North Lewis 663 372

Berdarah Inggeris dan Jawa, selain dari berlakon, Caitlin juga melibatkan diri dalam dunia fesyen sebagai model sambilan. Patutlah cantik orangnya! 

5Ee0752Eb0069 Caitlin North Lewis 663 372

 

“Cuma foto tanpa caption, tapi kok bikin patah hati” 

Walau bagaimanapun, foto yang dimuat naik Nicholas tersebut tetap menjadi perbualan utama netizen, sehingga ada di antara peminatnya yang patah hati apabila melihat gambar Caitlin di Instagram pelakon ini.

Rata-rata rasa demikian sebab sebelum ni memang jarang sangat Nicholas memuat naik gambar mana-mana gadis di Instagramnya dan dia juga terkenal dengan sikap sangat privasi dengan kehidupan peribadinya.

Patah Hati

Apa-apapun korang janganlah stress, sebab mereka ni rapat hanya kerana berlakon sama je! Hiks! 

Baca: “Lengkap dgn kolam renang, ruang karaoke” – Demi Keselesaan Anjing Peliharaan, Nia Ramadhani Sewa Banglo 3 Tingkat RM21,333 Sebulan!

Nia

Sumber: Intip Seleb
Sumber: Intip Seleb
Sumber: Intip Seleb
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.