in

Marah Bapa Tanam Pokok Nangka, Anak Bertindak Gila Pukul Mangsa Dengan Cangkul Hingga Berlumuran Darah

Nangka

Dek kerana sebatang pokok nangka, seorang anak bertindak gila dengan memukul bapanya sendiri menggunakan batang cangkul dalam satu kejadian semalam dekat Kampung Cina Sungai Durian, Teluk Intan.

Menurut Kosmo, mangsa yang berusia 69 tahun itu mengalami kecederaan parah termasuklah patah tulang siku, bengkak di pergelangan tangan kanan dan terima jahitan di lengan dan kepala akibat amuk si anak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian ini sekitar jam 12.26 tengah hari.

Siasatan mendapati mangsa telah dipukul anaknya yang berusia 40 tahun menggunakan cangkul gara-gara berlaku perselisihan faham mengenai penanaman pokok nangka di tanah milik bapa.

Mangsa dikatakan dipukul oleh anaknya kerana perselisihan faham mengenai jenis pokok yang ditanam mangsa di mana suspek tidak mahu bapanya itu menanam pokok nangka di tanah milik mangsa.

“Suspek yang berang telah memukul bapanya menggunakan batang cangkul sebelum mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah lari menyelamatkan diri,” jelasnya.

Nagkapals1 1616567588

Dalam keadaan berlumuran darah, mangsa kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal, namun mujurlah selepas itu dia dijumpai seorang lelaki pada jam 8.20 pagi yang kemudian membantu menghubungi ambulans dan menantu mangsa.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan kecemasan.

Hasil siasatan polis mendapati dua beranak tersebut tinggal berasingan dan suspek adalah anak keempat hasil perkahwinan mangsa dengan isteri pertama dan tinggal sendiri di rumah mangsa iaitu lokasi kejadian.

Suspek juga tidak bekerja dan disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selain mempunyai beberapa rekod lampau.

Suspek kini dalam buruan polis kerana melarikan diri selepas kejadian tersebut berlaku. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Baca: Geram Ibu Dicekik Depan Mata, Remaja Ini Pukul Abang Sendiri Guna Kayu Sampai Mati

Puukul

Sumber: Harian Metro