“Manusia biadap..Bodoh!” – Video 2 Remaja Main ‘Press’ Motor Sambil Gelak Sakan Lalu Lalang Atas Kubur

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Allahuakbar! Terkedu admin bila tengok video ni, kali ni lebih dahsyat! 2 orang remaja ini mempersendakan orang yang sudah meninggal dunia.

Video yang menayangkan 2 orang lelaki sedang lalu lalang dikawasan kubur menggunakan motosikal masing-masing, kemudian dengan selamba lalu atas kubur!

 

Buat sebab boring

Kejadian ini berlaku pada sebelum puasa Mei 2019 lepas, tapi mula viral baru-baru ini. Si perakam tu hanya gelak je tengok perbuatan remaja tersebut,

Menurut sumber, polis Endy P mengesahkan kelakuan biadap itu berlaku di Desa Kebun Rejo, Grati, Kabupaten Pasuruan, Indonesia.

Perbuatan itu telah menimbulkan rasa bengang warganet dari negara seberang. Orang sini pun marah! Disebabkan itu, pihak polis telah mencari dua individu terbabit.

“Setelah mengetahui kejadian tersebut, saya terus mengarahkan anggota saya untuk mencari remaja tersebut

Buat permohonan maaf

Kedua-kedua remaja dalam video tersebut telah pun ditahan. Bagaimanapun mereka tidak boleh diambil tindakan kerana masih dibawah umur.

“Mereka masih 18 tahun kebawah, dan mereka berdua ada tali persaudaraan”

Ketika disoal mereka berdua mengaku buat melakukan perbuatan tersebut hanya nak suka-suka sebab bosan! Banyak lagi benda faedah boleh buat kot!

Mereka sebenarnya baru selesai bersihkan kubur saudara mereka di kompleks pemakaman tersebut lepastu terus main-main dengan motor mereka kat situ”

Memandangkan mereka ni baru je bawah umur, pihak polis mengarahkan mereka untuk membuat permohonan maaf secara terbuka. Video permohonan maaf itu dirakam oleh pihak polis sendiri.

Malah pihak polis juga sarankan ibu bapa remaja tersebut untuk membuat permohonan maaf.

 

Baca : “Asal kijo bod*h jah ore kelate”- Netizen Kecam Gadis Bertudung Pijak Al-Quran Untuk Buktikan Dia Disetubuhi Lelaki?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.