in

“Mandi pon boleh drive thru skang” – [VIDEO] Gelagat Lelaki Datang ‘Cuci’ Moto, Buat Netizen Terbahak

Fi Cuci Moto

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini, pelbagai norma baharu yang terpaksa dilakukan oleh rakyat Malaysia. Bukan tu saja, pelbagai ‘hobi’ baru yang dilakukan oleh kita semua bagi memenuhi masa sepanjang tempoh perlu berkurung di rumah sebelum ini.



Selain dari hobi, mesti banyak juga perkara pelik yang dilakukan oleh sesetengah netizen ini untuk isi kebosanan mereka seakan sama dengan kisah seorang lelaki ini.

 

Datang carwash nak ‘cuci’ motor

Sejak beberapa hari lalu, sebuah video yang menunjukkan telatah seorang lelaki sewaktu datang ke sebuah carwash menjadi tular.

Menerusi posting oleh @winsonchong20 ini, dia menunjukkan aksi seorang lelaki yang datang menaiki motosikalnya ke sebuah pusat cuci kenderaan.

Cuci Moto 1

Pada awal video masih okay lagi tapi lepas beberapa ketika, aksi lelaki tersebut nyata tak macam pengunjung carwash lain. Selalunya lepas letak kenderaan kita akan pergi ke ruangan menunggu disediakan, namun lelaki ini dilihat duduk saja di atas motosikalnya itu.

Pekerja di situ mula menyembur air dan sabun, sambil lelaki itu masih duduk di atas kenderaannya itu. Malah, pekerja tersebut turut mengelap lelaki itu dengan kain bagi meratakan sabun dan membersihkan kotoran seperti biasa yang kita pernah tengok.

Selepas dah siap tu, dia dan motosikalnya itu pun dibilas sehingga hilang semua sabun. Selain tu juga, pekerka tersebut juga turut mengelap untuk mengeringkan air yang ada padanya. Lebih kelakar, lelaki tersebut tak ada tunjukkan sebarang reaksi pun.

Sehingga kini, video berkenaan masih mendapat perhatian ramai dan ia nya telah meraih lebih dari 3.3 juta views di TikTok.

@winsonchong20

Ini budak sudah gila😀😀😀😀😀

♬ Wali Yank by Iyuz misterius – Iyuz misterius

 

“Berapa kos skali cuci org”

Menjengah di ruangan komen, nyata aksi lelaki berkenaan membuatkan rata-rata netizen terhibur. Ada yang bergurau mengatakan, ini cara mudah sekiranya seseorang itu malas nak mandi di rumah mereka. Malah ada juga yang siap tanya, berapa harga bayaran untuk khidmat sama diperoleh lelaki tersebut.

Reak Cuci Moto 4 Edit Reak Cuci Moto 1 Edit Reak Cuci Moto 3 Edit Reak Cuci Moto 2 Edit

Wahh makin lama makin macam-macam gelagat orang Malaysia ni. Min tertanya sekarang ni, dia tak sejuk ke?

 

Baca : ‘Owner’ Tutup Bisnes Diusahakan Sejak 4 Tahun Lepas, Trauma Ada Pekerja Bunuh Diri Tahun Lalu Sebab…

Foot Cuci Moto

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.