in

‘Owner’ Tutup Bisnes Diusahakan Sejak 4 Tahun Lepas, Trauma Ada Pekerja Bunuh Diri Tahun Lalu Sebab…

Fi Kawash

Sesiapa saja yang menceburkan diri dalam bisnes, mesti akan mengalami pasang surut berniaga itu.

Begitu juga dengan kisah wanita ni tapi lagi dahsyat, sampai dia dan suami terpaksa tutup salah satu bisnes mereka.

Hal ini kerana, mereka mengalami perkara yang sangat memberi kesan sepanjang 10 tahun menceburi diri dalam bidang perniagaan.

 

Tragedi hitam

Terdahulu, kisah ini dikongsikan oleh seorang wanita melalui beberapa video di akaun TikTok miliknya dan telah memperoleh jumlah tontonan hingga melebihi 800,000.

Menurut wanita itu, dia tidak meneruskan perniagaan carwash yang dijalankan selama 4 tahun bersama suaminya itu kerana pekerjanya meninggal dunia selepas menggantung diri pada kipas siling di kedai berkenaan.

@gyhaadam

Ni kisah perniagaan aku yg dah bungkus ?. InshaaAllah rezeki lain bertamah maju #kokojarshake #janapendapatan #fyp #fypppppppppp

♬ original sound – Gyha Adam – Gyha Adam

Menurutnya ketika ditemu bual mStar, pekerja itu adalah warga asing dan mula bekerja disitu sejak tahun 2018 lagi. Dia juga memberitahu yang bekas pekerjanya seorang yang baik, dan sebab itu lah dia terkejut dengan tindakan bekas pekerjanya itu.

 

Lama tak balik kampung

Tambahnya lagi, bekas pekerjanya itu dah lama tak dapat balik ke kampung halaman dan mungkin sebab itu dia mengalami sedikit depresi.

Katanya lagi, arwah memang selalu balik kampung untuk memperbaharui permit dan sudah setahun dia tidak balik. Kali terkahir dia pulang adalah pada tahun 2019.

 

Dapat call waktu malam

Menurut perkongsian wanita ini, dia mendapat panggilan dari salah seorang pekerjanya pada malam kejadian namun tak diangkatnya. Alangkah hancurnya hati, apabila suaminya yang baru balik dari bermain badminton bagitahu kepadanya ada staf yang bunuh diri. Terus mereka terdiam seketika.

Akibat dah terlampau bercelaru, mereka sempat terfikir untuk lari tapi mereka tetap berpegang teguh untuk mengikuti segala prosedur yang bakal dihadapi.

@gyhaadam

Sambungan cerita perjalanan peniagaan aku yg dah bungkus#fypppppppppp #fyp #circlepositif

♬ original sound – acheykintangkintung – acheykintangkintung

Selepas kejadian itu, dia telah menutup perniagannya itu selama sebulan. Namun selepas berbincang panjang dengan suaminya, mereka dah sepakat untuk tutup dan serahkan kepada abang.

Tambahnya, dia sangat sedih kerana itu merupakan pendapatan bulanan untuk mereka. Tapi keputusan tu diambil kerana tak mahu ada terlibat dengan pekerja asing lagi dan sekarang lebih fokus kepas perniagaan menjual choco jar.

 

Tak sangka dapat perhatian.. hanya ingin berkongsi

Dia yang tidak menyangka perkongsiannya akan dapat perhatian ramai, turut berkongsi tentang kesinambungan peristiwa itu hinggalah selesai proses yang perlu dilalui.

Namun menurutnya, ia adalah sekadar perkongsian untuk sesiapa yang terlibat dalam perniagaan. Sedikit sebanyak, orang ramai boleh tahu tentang prosedur jika melibatkan pekerja asing

Di akhir perkongsian, dia turut menyatakan yang dokumen adalah sangat penting kerana kita tak tahu apa yang bakal dihadapi kelak. Dia juga menambah yang hati kena kental dan sedia dengan apa jua kemungkinan.

Sumber : mStar, TikTok : gyhaadam

Baca : Bos Sempoi, Bawa Staff Warga Pakistan Food Hunting & Lepak Di Hotel 4 Bintang

Foot Carwash