in

“Mana sifat perikemanusiaan” – Caj Penghantaran Mahal, Individu Terpaksa Angkut Peti Sejuk Naik Basikal

Ft Peti Sejuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan setiap peniaga pasti akan ada cara tersendiri dalam membuat perniagaan dan ia juga kadang-kadang melibatkan beberapa kos yang tidak dinyatakan dalam pembayaran seperti kos penghantaran dan sebagainya.


Pun begitu, peniaga juga kenalah ada sifat empati kerana tak semua pembeli berkemampuan seperti kisah seorang individu ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, individu itu membeli peti sejuk di kedai elektronik, tapi peniaga dikatakan sangatlah kedekut untuk bantu hantarkan barang pesanan itu ke rumah dan mengecaj kos penghantaran yang mahal.

Artikel Berkaitan : Lelaki Di China Menyorok Dalam Peti Sejuk Gara-gara Cuaca Terlalu Panas

Artikel Berkaitan : “Saya buat suka-suka” – Ariff Bahran Tak Kisah Dikecam Gara-Gara Simpan Duit Dalam Peti Sejuk

Barang yang dibelinya itu bukanlah barang yang kecil, ia adalah peti sejuk! Difahamkan peniaga enggan membuat penghantaran percuma kerana jarak rumah dan kedai tidak melebihi kilometer serta diminta membayar caj penghantaran.

Disebabkan itu, individu tersebut terpaksa bawa peti sejuk tersebut dari kedai ke rumahnya dengan hanya menaiki basikal sebelum memikulnya ke atas bahu.

Perkara ini disaksikan oleh pemilik video yang bersimpati dengan nasib individu ini dan segera memanggil individu tersebut untuk tumpangkan mereka dan bantu bawa peti sejuk tersebut ke rumah.

https://www.tiktok.com/@fieys_20/video/7308301856084724994?_t=8htVCs1MuX3&_r=1

Pemilik video ini juga berpesan kepada para peniaga di luar sana agar tidak bersikap zalim terhadap pelanggan mereka. Video ini telah meraih lebih 230K jumlah tontonan dalam masa 19 jam di TikTok.

Ramai individu yang menjelaskan bahawa urusan dalam membeli barang-barang seperti peti sejuk ini tak boleh memikirkan bajet untuk membeli sahaja, perlu sediakan bajet untuk penghantaran, namun, ada juga yang turut memuji sikap mulia pemilik video ini.

Screenshot 2023 12 04 133751 Screenshot 2023 12 04 133820 Screenshot 2023 12 04 133847

5 KM tu kalau naik transport dekat tapi kalau dibuat jalan kaki dengan naik basikal, dianggap jauh tau.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.