“Mana pergi maruah dorang?” – Netizen ‘Malu’ Tengok Budak PT3 Bergelek Sakan Lepas Jawab English Paper

Dulu disebabkan admin ni suka study last minute, sepanjang minggu peperiksaan masa PMR dulu lepas habis paper je terus balik rumah sambung study untuk subjek lain.

Tapi, zaman pun dah bertambah maju, so cara pun mungkin dah berubah. Mungkin zaman sekarang ni, walaupun semua paper tak habis lagi dorang tetap celebrate. Cara dorang celebrate pun lain macam…

Dua hari lepas, seorang pengguna Twitter telah memuatnaik satu video dari IG story menunjukkan tiga budak perempuan memakai baju sekolah membuat tarian ghairah lepas dorang habis jawab peperiksaan Bahasa Inggeris.

Kalau korang tengok video kat atas ni, memang tepuk dahi tengok dorang ni selambe je menari macamtu dekat tengah jalan entah depan siapalah. Lepastu, upload video ni dekat media sosial untuk tontonan ramai.

Video yang mendapat hampir 3K retweet ini, telah menarik perhatian netizen yang rata-ratanya rasa malu dengan tindakan tiga pelajar ini.

Tapi ada juga yang cuba husnuzon, bak kata orang ni mungkin penat duduk berejam jawab english paper. Hahahaha

Tapi, apa apa pun, next time sebelum buat apa-apa fikirlah dulu. Kalau mak ayah nampak tak ke naya?

 

Baca: “Jangan salahkan kalau besok jadi batu” – Terkedu! Anak Suruh Mak Rakamkan Video Dia Tengah Bergelek Main Tiktok?

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson