in

“Mana pergi jihad kau tu?” – 40 Militan IS Sedia Terima Hukuman Asalkan Dapat Pulang Balik Ke M’sia

Collage 63

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai ibu bapa, dah tentulah kita nak kan kehidupan yang terbaik untuk anak-anak. Tapi, apa nak buat kalau in the first place, ibu bapa sendiri yang sengaja tempah maut untuk ada dekat tempat yang bahaya sebab nak join kumpulan pengganas?


Menurut Harian Metro, 40 dari 59 rakyat Malaysia yang terlibat dengan kumpulan militan Daesh di Syria dan Iraq telah menyatakan keinginan mereka untuk pulang semua ke Malaysia.

Keinginan mereka ini didedahkan oleh Pakar Kajian Strategik dan Anti Keganasan Universiti Malaysia Perlis, Prof Madya Dr Mohd Mizan Mohd Aslam yang melihat sendiri macam mana dorang sanggup nak pulang ke tanah air lepas dorang sedar ideologi Daesh ini adalah salah.

Dasesggghh.transformed

Bukan tu je, dorang sampai sanggup untuk jalani apa jua hukuman yang bakal diterima asalkan dorang dapat balik semula ke pangkuan keluarga di Malaysia.

Kami dah tengok wajah sebenar mereka dan sedar yang ini bukan tempat untuk kami besarkan anak-anak”

Dr Mizan berkata lagi, dorang sekarang dah pun tak ada tempat tinggal di sana dan sedar, peluang terbaik yang ada untuk dorang adalah pulang semula ke tempat lahir mereka.

Pun begitu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan (E8), Datuk Ayob Khan Mydin Pit-chay berkata, keputusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia ini bergantung pada keputusan kerajaan.

Ayob Khan menambah, kalau pun dorang ni dibawa pulang, dorang perlu buat ujian saringan untuk lihat sejauh mana pembabitan mereka semasa bersama kumpulan pengganas tersebut.

“Mana pergi ‘jihad’?

Namun, berita tentang rakyat Malaysia dari militan Daesh yang nak pulang ke Malaysia ini tak disambut baik oleh netizen…

Screenshot 2019 12 25 At 12.15.14 Pm Screenshot 2019 12 25 At 12.15.30 Pm Screenshot 2019 12 25 At 12.15.49 Pm Screenshot 2019 12 25 At 12.16.25 Pm

Apa-apa pun kita tunggu je lah apa keputusan kerajaan…

 

Baca: “Angan-angan macam pengganas Daesh” – Heliza Helmi Mahu ‘Mati Syahid’, Golongan Liberal Tak Puas Hati?

Screenshot 2019 12 25 At 12.25.47 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.