Dalam sesebuah perkahwinan, mesti hari bersanding yang paling ditunggu oleh pasangan mempelai. Mana tak nya, sebab pada hari itu lah mereka akan disambut sebagai raja sehari
Seperti kisah yang berlaku di negara jiran ini, mengisahkan tentang pengantin perempuan yang duduk di atas pelamin seorang diri pada hari perkahwinannya.
Isteri dah siap berhias
Perkara ini telah dikongsikan oleh jurusolek pengantin wanita tersebut di aplikasi TikTok, menunjukkan dia sedang didandan dan mengenakan busana perkahwinan mewah yang mengikut tradisi.
Macam yang kita tahu, perkahwinan di Indonesia memang mementingkan adat resam dan budaya.
Perkongsian ini telah tular di aplikasi TikTok dan sehingga kini telah meraih lebih 1 juta tontonan.
@nayadoonamakeup Part 2 masih dengan Manten yg fenomenal☺ #fyp #fypシ #foryoupage #beranda #inspirasipernikahan
Dapat kita lihat dalam video ini yang pengantin wanita tersebut dah siap berdandan dan akhirnya dibiarkan duduk di atas pelamin tanpa suaminya.
Walau bagaimanapun, suaminya setuju untuk ambil gambar bersama namun dilihat hanya mengenakan pakaian biasa. Okaylah tu ada jugak momen bahagia bersama.
“Muka pengantin perempuan macam nak nangis”
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen merasa geram dengan tindakan suaminya serta ada yang perasan bahawa riak wajah wanita itu seakan sedang menahan dirinya dari menangis.
Apa komen korang?
Sumber : TikTok