in

“Nasib baik tak salah pengantin” – Rombongan Pengantin Salah Rumah Gara-Gara Salah Share Location, Siap Tukar Hantaran!

Untitled Design 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dapat dinafikan, urusan harian menjadi semakin mudah dengan adanya pelbagai teknologi yang terkini dan canggih.


Ingat tak dulu (mungkin sekarang ada jugak) orang akan lukiskan peta untuk ke satu – satu tempat? Sekarang ni, share location ajelah. Fungsi perkongsian lokasi sememangnya bukanlah perkara yang asing hari ini.

Tapi, pernah tak korang tersalah share location? Atau lokasi yang kurang tepat?

Ha, itulah yang terjadi kepada pasangan pengantin di daerah Magelang, Jawa Tengah, Indonesia ini.

Habis kecoh, siap pikul semua hantaran keluar!

Gara-gara lokasi yang dikongsikan bakal isterinya ini, pengantin lelaki hampir bernikah dengan pasangan yang salah!

Ini antara reaksi netizen yang terhibur dengan situasi tersebut.

1 2 3

Menurut pengantin perempuan, dia tidak menyedari bahawa rombongan tersebut adalah rombongan yang salah kerana dia sedang didandan.

“Saya terkejut dan bingung kerana tidak mengenali sesiapa daripada ahli rombongan berkenaan.  Rombongan itu dari Pemalang sementara tunang saya dari Kendal.”

Setelah mengetahui mereka ke lokasi yang salah, rombongan pengantin keluar beramai – ramai beserta barangan – barangan yang dibawa mereka sebelum dibawa ke lokasi sebenar.

Haish. Macam – macam…

 

Sumber : Tribun News

Baca : “Effort tu yang penting” – Gadis Gigih Nak Tiru Busana Kahwin Neelofa, Siap Pinjam Lapik Meja Jiran

Save Snip

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.