in

“Mana-mana rancak, pahala” – Gelagat Ustaz Kazim ‘Merempit’ Ke Kelas Buat Ramai Terhibur

Tiktok Duke

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua bulan sebelum ini, gempar seketika dengan kes melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias yang dikatakan telah disihir sehingga beliau terpaksa menggunakan kerusi roda ataupun tongkat untuk bergerak ke mana-mana.


Namun begitu, perkara tersebut tidak langsung melemahkan semangat beliau selain sering mengadakan kelas atau sesi perkongsian secara online.

Terbaharu, Dato’ Ustaz Kazim Elias atau DUKE kembali menjadi perbualan ramai selepas memuatnaik sebuah video yang menunjukkan beliau sedang dalam perjalanan untuk ke kelas pengajian.

Tiktok Ustaz Kazim

Apa yang menarik, video perkongsian DUKE di akaun TikTok rasminya tersebut telah mendapat pujian ramai selain ada yang sempat ‘mengusik’  beliau kerana menggunakan lagu berirama dangdut yang sinonim dengan anak-anak muda di platform berkenaan.

“OTW masuk kelas ni” 

@datoustazmohdkazimeliasOtw masuk kelas ni♬ original sound – UstazKazimOfficial

Selain itu, ramai yang perasan perubahan diri Ustaz Kazim yang kelihatan lebih bertenaga daripada sebelum ini selain beliau dah ‘upgrade’ daripada menggunakan tongkat kepada skuter elektrik untuk memudahkan pergerakannya ke majlis ilmu.

Menerusi ruangan komen, ramai juga yang kagum dengan kebolehan Ustaz Kazim untuk menyunting video berkenaan dan menggunakan lagu rancak yang ‘trending’ dalam kalangan pengguna TikTok.

Duke Tiktok

Dalam masa yang sama, tak kurang juga yang mengatakan yang mereka cukup senang dengan cara penyampaian Ustaz Kazim dan dalam masa yang sama, dapat mendapat perhatian anak-anak muda.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih daripada 350 ribu tontonan dan menerima 61 like walaupun baru sahaja dimuat naik kira-kira tiga jam lalu.

Apa-apapun, sama-samalah kita doakan kesembuhan buat Ustaz Kazim, moga dia pulih seperti sediakala~  

Baca : “Habis bibir jadi hitam” – Ustaz Kazim Elias Kongsi ‘Perubahan’ Terbaru, Dakwa Kena Penyakit ‘Ain

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.