Masalah gejala sosial yang berlaku di kalangan anak muda masa kini boleh dikatakan agak membimbangkan.
Terkadang ramai juga yang terfikir, apakah penyebab ini semua berlaku dan dari manakah puncanya menyebabkan anak muda zaman sekarang mudah hanyut dengan gejala tidak sihat ini?
Budak-budak guna pedang mainan, ugut beri sedekah?
Seperti yang berlaku baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter memaparkan sekumpulan kanak-kanak dilihat berkeliaran dekat sebuah stesen minyak.
Dalam video itu, kanak-kanak terbabit dilihat meminta wang kepada pemandu treler dan orang awam yang ada di situ sambil mengugut mereka menggunakan pedang mainan. Uishh!
Menurut perakam, kanak-kanak itu meminta RM10 untuk membeli makanan dan salah seorang dari orang awam di situ memberi wang kepada mereka.
Kanak-kanak itu kemudian berlalu selepas percubaan mereka meminta wang kepada orang lain tidak berhasil.
“Benda ni tak kelakar”
Video tersebut telah mendapat respon netizen yang mengecam tindakan kanak-kanak tersebut dan mempersoal keberadaan ibu bapa mereka yang tidak memantau kegiatan anak-anak.
Perkara seperti ini patut dibanteras kerana bimbang kanak-kanak ini akan melakukan hal yang tidak elok apabila sudah besar nanti.
Harap ibu bapa mereka ini take notelah akan kegiatan anak-anak ketika berada di luar bersama kawan-kawan. Risaulah tengok budak-budak jadi macam ni.