in

“Mana Aisy.. Aisy dah takde” – [VIDEO] Netizen Sebak Tengok Keadaan Syafiq Saat Pegang Jenazah Anak di Hospital

Ft Syafiq

Kemalangan yang menimpa penyerang pasukan JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, telah mengorbankan anak lelakinya berusia 22 hari, Muhammad Aisy Saqeef, ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Jenazah5

Menurut Bernama, kemalangan itu berlaku kira-kira 5.30 pagi di KM 163.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Bakap. Toyota Vellfire dipandu Syafiq hilang kawalan ketika memandu dan terbabas melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan.

Syafiq dan anak perempuan sulungnya, Aaira Nur Saffiya dilaporkan mengalami kecederaan ringan manakala isterinya, Nur Amalina Norain cedera parah namun kini sudah stabil.

 

Netizen sebak tengok Syafiq pegang jenazah anak

Sebuah video yang menunjukkan seorang individu menyerahkan jenazah anak lelaki Syafiq yang sudah dikapan kepadanya telah mengundang sebak netizen.

Video yang dimuat naik di Instagram itu menunjukkan Syafiq yang sedang duduk ditemani keluarga serta rakan-rakan memegang jenazah Aisy buat kali terakhir. Syafiq dilihat menunduk serta mendakap erat jenazah anaknya itu sementara yang lain cuba menenangkannya.

Ketika menunggu jenazah anaknya itu, adik Syafiq, Muhammad Zulfadhli, 24, memaklumkan abangnya itu seperti tercari-cari anak lelakinya itu dan berkata,

Mana Aisy…Aisy dah tiada.”

 

Isteri dapat kucup jenazah anak

Nor Amalina yang kritikal selepas kemalangan itu dilaporkan diberi rawatan di Hospital Seberang Jaya dan jenazah Aisy telah dibawa dari Hospital Sungai Bakap ke ibunya. Suasana hiba menyelubungi perkarangan Unit Forensik hospital tersebut saat isterinya itu yang sudah stabil diberi peluang untuk belai dan kucup anaknya buat kali terakhir.

Jenazah3

Jenazah2

Dia yang ditolak menggunakan katil dari Wad 8 itu juga diberi peluang untuk menatap wajah ibunya buat kali terakhir. Kedua-dua jenazah kemudian dibawa ke Pendang, Kedah dan dikebumikan dalam satu liang lahad.

 

Dipercayai terlelap – Polis

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, siasatan polis mendapati Syafiq dipercayai terlelap ketika memandu Toyota Vellfire tersebut sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan tersebut.

Ia menyebabkan kenderaan itu terbalik dan terseret lebih kurang 90 kaki berdasarkan kesan calar di atas jalan raya, lapor Awani. Difahamkan, ketika kejadian cuaca dalam keadaan baik dan kemalangan berlaku di jalan lurus, rata, bertar, jalan kering dan kawasan gelap berlampu.

Kereta1

Kereta2

Selepas proses bedah siasat, punca kematian ketiga-tiga mangsa didapati akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan kepala.

Polis turut mengambil sampel darah pemandu bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca: Penyerang JDT, Syafiq Ahmad Kemalangan, Bayi Lelaki Dan Ibu Mertua Maut

Syafiq Ahmad Kemalangan

Sumber: Awani
Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro
Sumber: Sabah Post
Sumber: Sabah Post