in

Penyerang JDT, Syafiq Ahmad Kemalangan, Bayi Lelaki Dan Ibu Mertua Maut

Syafiq Ahmad Kemalangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemain JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya bersama keluarganya awal pagi tadi.


Syafiq Ahmad E1607226290515

Kemalangan ngeri yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Kilometer 163.6 arah utara, dekat Sungai Bakap itu mengorbankan nyawa anak lelaki Muhammad Syafiq yang berusia 22 hari dan ibu mertuanya, Zainab Wahab, 45.

Turut terkorban adalah seorang wanita warga Indonesia bernama Titik Sukamti, 30-an.

Muhammad Syafiq, 25, dan seorang lagi anaknya, Aaira Nur Saffiyya, 2, pula dilaporkan mengalami cedera ringan.

Walau bagaimanapun, isteri beliau, Nur Amalina Nur Ain, 25, cedera parah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang berkata, satu panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pihaknya kira-kira jam 5.36 pagi.

Syafiqahmad

Sebaik tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian, pihak bomba mendapati sebuah kereta pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire berwarna hitam remuk teruk selepas dipercayai terbabas sendiri dan melanggar pembahagi jalan.

“Tiga daripada enam mangsa berada dalam keadaan selamat manakala tiga lagi tersepit di dalam kenderaan. Pasukan bomba dengan PPE lengkap kemudiannya membuat kerja-kerja bagi mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan.

Menurut laporan, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira jam 6.10 pagi.

“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

Operasi yang dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat itu ditamatkan kira-kira jam 6. 12 pagi.

Takziah diucapkan kepada Muhammad Syafiq dan keluarga atas kehilangan ini

Sumber: Astro Awani

Baca: Semata-mata Elak ‘Roadblock’- Pemandu Lawan Arus Sejauh 1.4KM Diakhiri Dengan Kemalangan

Lawan5 E1607225777499

Sumber: MYKMU

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.