in

Gara-gara Bayang-bayang Kereta Masuk Dalam Parking Kenderaan OKU, Lelaki Ini Didenda Sebanyak RM355

F2 Bayang Car

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak kira di negara mana sekali pun, kalau kita salah letak kereta di tempat yang tak sepatutnya, mesti kereta kena clamp atau kita dapat notis saman.


Namun, bagi seorang lelaki di London ini pula, dia dikatakan telah disaman kerana bayang-bayang keretanya masuk ke dalam kotak parkir khas untuk OKU, lapor Mirror.

 

Bayang Car 2

Lelaki yang dikenali sebagai Matthew Cole itu pada mulanya telah meletakkan keretanya di luar pejabat pos pada Mac lalu.

Namun, pada bulan berikutnya, dia telah menerima notis denda daripada majlis perbandaran di mana dia perlu membayar denda sebanyak £65 iaitu kira-kira RM355 jika nilainya ditukar ke Ringgit Malaysia.

Ini menyebabkan Matthew berasa tidak adil kerana di kotak parkir keretanya pada kejadian itu, tidak ada sebarang papan tanda bahawa ia merupakan parkir OKU.

Bayang Car 3

Sebaliknya, dalam gambar yang dihantar oleh pihak berkuasa kepadanya, hanya bayang-bayang keretanya sahaja yang masuk dalam kotak parkir orang kurang upaya itu. Manusia ni mana la ada kuasa nak kawal bayang-bayang jatuh arah mana kan.

Sebelum ini, dia mengatakan dia pernah parkir keretanya di kotak yang sama selama beberapa kali namun dia tidak pernah didenda.

Disebabkan lelaki ini rasa tidak adil untuk dirinya didenda seperti ini, katanya dia akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan haknya.

Saya telah membuat rayuan kepada pihak mereka namun aduan saya telah ditolak,” katanya.

Ini kerana pihak majlis tetap mengatakan bahawa Matthew telah meletak keretanya di kotak yang dikhaskan kepada pemegang kad OKU.

Susah jugak kalau macam ni kan. 

Sumber: Mirror

Baca: “Muat je!”- Pemilik Kereta Bergaduh, Konon ‘Rolls Royce’ Tak Boleh Lalu Sebab…

Bayang Car 1

Sumber: BPM/Mirror

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.