Tular di media sosial satu rakaman video berdurasi 14 saat yang memaparkan sebuah pikap dipercayai di Melaka, dipasang pelekat bertulis ‘Malaysia rumah kami’ dalam bahasa Hebrew iaitu bahasa rasmi negara Israel.
Pelekat berwarna biru dengan tulisan putih itu menyerupai warna bendera Israel dan frasa tersebut dalam bahasa Ibrani bermaksud ‘Malaysia rumah kami’ atau ‘Malaysia di tangan kami’.
Video itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dan ia telah mencetuskan ribuan reaksi marah daripada netizen Malaysia.
Artikel berkaitan: “Terus uninstall” – Ramai Terkejut Aplikasi Waze Tiba-tiba Bertukar Bahasa Hebrew?
Artikel berkaitan: SPRM Siasat Pasangan Pegawai Imigresen Beli Kereta Mewah, Buka Kedai Emas Guna Duit Rasuah
@manapmoskori Aku ternampak sesuatu petang tadi, on the way nak balik rumah. Dekat Melaka k, bukan KL. Word / bahasa tu nampak pelik. Isewel punya kan? Chatgpt pun validate it is. Provocation? 82oo? Takkan nak buat bergurau kan? #melaka #isewell
Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan pemilik atau pemandu kenderaan jenis Nissan Navara berkenaan yang disifatkan cuba melakukan provokasi.
Ada juga yang menggesa pihak berkuasa segera mengesan kenderaan berdaftar di Melaka itu, namun lokasi tepat pikap tersebut selepas dirakam berhenti di lampu isyarat masih belum dapat dikenal pasti.
Dalam pada itu, menurut laporan Malaysia Gazette, Pegawai Khas Agama kepada Ketua Menteri Melaka, Hairul Amin Madon, memaklumkan bahawa beliau berada di Balai Polis Merlimau pada jam 3.30 petang hari ini bagi membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.
Beliau turut memaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan sejurus selepas laporan polis itu dibuat bagi menjelaskan tindakan lanjut berkaitan insiden pelekat bertulisan Hebrew tersebut.
Sumber: TikTok, Malaysia Gazette