in

Malaysia Bakal Alami ‘Musim Sejuk’ Hingga Bulan Februari Tahun Depan

Musim Hujan Sejuk Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan hampir setiap hari pada waktu petang, Malaysia akan dilanda hujan lebat dan angin ribut. Kalau korang duduk di Kuala Lumpur, hari-hari jugalah berita mengenai banjir kilat muncul dan mencemaskan pengguna jalan raya.


Fenomena cuaca nyaman dan dingin ini dijangka akan melanda negara dengan purata 22 hingga 30 darjah celcius sampai Februari tahun depan, lapor Berita Harian.

2005872

Timbalan Ketua Pengarah Strategik dan Teknikal Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, ia susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang membabitkan perubahan angin sejuk dari tanah besar China dan juga pembentukan awan hujan yang berterusan bermula awal November.

Jadi apabila awan hujan banyak, dari segi pancaran matahari agak terlindung yang menyebabkan suhu akan lebih rendah berbanding tempoh masa yang lain,” katanya.

Tambahnya lagi, kawasan tanah rata di pedalaman seperti di Kelantan, Pahang dan Perak akan menjadi lebih sejuk berbanding kawasan lain.

Hujannn223 1630660485

Malah kalau korang masih ingat, suhu terendah yang pernah dicatatkan pada tahun 2014 iaitu 17 dan 18 Celcius di kawasan pedalaman Kuala Krai, Kelantan. Jadi ada juga kemungkinan boleh berlaku cuaca serendah itu di kawasan tersebut.

Pakar Meteorologi Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah juga berkata, perubahan monsun akan memberi kesan kepada suhu dan situasi ini akan turut dipengaruhi oleh geografi atau kedudukan sesebuah kawasan, macam contoh di Genting Highlands, yang mana suhunya lagi sejuk.

“Musim MTL ini memberi kesan kepada jumlah cahaya matahari yang diterima di Malaysia yang berkurang selain mendung dan hujan.

“Selain itu faktor sejuk yang dialami adalah berikutan angin Timur Laut yang dibawa dari Siberia,” jelasnya lagi.

Bolehlah korang sedia siap-siap baju sejuk dan sweater tebal, buat pakai musim sejuk hujung tahun ni. 

Baca: Cuti Bomba ‘Dibekukan’ Untuk Persediaan Musim Banjir & PRU 15 November Ini

Bomba

Sumber: Sinar Daily
Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.