in

“Makin petang makin ramai” – [VIDEO] Nekad Buka Kafe Waktu Banjir, Terus Jadi Tempat Santai Orang Kampung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Indonesia kini dilanda musim hujan dan beberapa daerah dilaporkan telah mengalami banjir sejak minggu lalu. Disebabkan itu, pelbagai aktiviti tergendala dan tidak dapat berjalan seperti biasa.


Namun, bagi peniaga sebuah kafe ini dia tekad untuk cuba meneruskan operasi seperti biasa meskipun pada masa yang sama risau jika tiada pelanggan yang datang membeli. Menerusi TikTok, pemilik akaun @ekarizkinugraha berkongsi tentang situasi kafe miliknya dibuka ketika banjir sudah mula naik hingga paras lutut.

Video dimuat naik beberapa hari lepas menunjukkan keadaan kafe yang sudah dimasuki air dan pada awalnya tiada pelanggan yang datang untuk membeli. Usahanya membuka juga kafe pada waktu banjir itu pada mulanya seperti gagal namun menjelang waktu petang, ia menjadi lokasi tumpuan penduduk sekitar.

Ketika sore hari Allah kasi kejutan. Ramai banget.”

Melalui video itu, boleh dilihat ramai penduduk tidak kira usia, ada ibu bapa ada anak-anak dan remaja yang berada di kawasan kafe berkenaan.

Beberapa lelaki dilihat duduk di dalam kafe sambil menikmati minuman dan ketika itu, dia juga mula menggoreng cucur untuk dijual. Kanak-kanak dilihat seronok bermain air dan sekumpulan remaja lelaki dilihat bermain bola.

Perkongsian video tersebut mendapat perhatian netizen di TikTok dan rata-ratanya mendoakan agar perniagaannya berjalan lancar meskipun terkesan disebabkan banjir.

Ada yang gembira melihat usahanya membuka kafe tersebut berbaloi dan berkat kesabarannya membuahkan hasil apabila jualannya habis pada waktu petang.

“Rezeki memang tak ke mana. Dalam keadaan apa pun..”

“Begitulah kalau orang banyak bersyukur, setiap masalah pasti ada jalannya dari Allah tanpa disangka.”

“Terus rasa lapar. Semoga makin lancar jualan.”

@ekarizkinugraha

padahal banjir masih ada aja yang nyantai..harus fyp nih yg beginih #fyp #fypシ #fypdongahh #banjir #bencanabanjir #cafeunik

♬ Kamu & Kenangan – Original Soundtrack Habibie & Ainun 3 – Maudy Ayunda

 

Baca: “Bunyi rangup tu mmg buat terliur betul”- [VIDEO] Viral di TikTok Seluruh Dunia, Ramai Suka Resipi Kentang ‘Penyek’ Ni

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.