in

“Bunyi rangup tu mmg buat terliur betul”- [VIDEO] Viral di TikTok Seluruh Dunia, Ramai Suka Resipi Kentang ‘Penyek’ Ni

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

TikTok adalah antara aplikasi versatile sebab di situ bermacam-macam jenis content korang akan jumpa. Korang nak hiburan, nak life hacks, nak resipi masakan semua ada. Dan selalunya, banyak video-video di TikTok menjad viral, trending dan menjadi ikutan ramai penggunanya.


Terbaru, satu resipi masakan berasaskan kentang menjadi viral dalam kalangan pengguna TikTok di seluruh dunia. Melalui hashtag #smashedpotatoes, video-video masakan yang dimuat naik pengguna TikTok seluruh dunia itu sehingga kini mencapai lebih 7.9 juta tontonan.

Resipi itu bukan sesuatu yang kita selalu tengok, cuba dan rasa. Contohnya kalau sebut je kentang mesti yang selalu kita makan french fries atau potato wedges, kan? Tapi, ini dia resepi kentang ‘penyek’ rangup yang korang boleh try dekat rumah!

Kalau nak diikutkan, resipi ni tak ada specific bahan yang korang WAJIB ikut, tapi lebih kepada kesukaan masing-masing. Kalau ada certain bahan yang korang minat, boleh letak lebih atau kalau tak suka, boleh skip bahan tu.

Paling best, cara penyediaan lebih mudah sebab korang takyah potong macam buat potato wedges atau french fries. Basically, korang cuma perlu rebus kentang tu, gaulkan dengan spices dan ‘penyekkan’ guna belakang cawan.

Antara bahan yang ramai guna adalah garam, bawang putih. paprika dan black pepper. Ada satu video ni paling menarik (admin rasalah) sebab hasil dia memang nampak sedap and akan buat korang terliur.

Nak tahu macam mana cara buat and bahan-bahan, korang boleh refer video TikTok ni:

@tay_richard

Dinner idea for tonight 💡 saw these going viral and had to taste them for myself 😍 recipe: @cookingwithayeh #smashedpotatoes #crispypotatoes

♬ Smooth Coffee Shop Music – Coffee Shop Playlist

Dengar bunyi rangup time dia makan tu, ya Allah terliur betul!

Baca: Tortilla Wrap Hack Viral di TikTok, Jom Cuba Resepi Mudah Ni!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.