in

“Makin meningkat” – Dr Noor Azmi Minta Jangan Abaikan Kesihatan Mental Kanak-kanak & Remaja

Collage 86

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini, makin ramai yang telah didiagnos dengan masalah kesihatan mental ekoran kesedaran mengenai perkara ini semakin meningkat.


Namun begitu, kesihatan mental dikalangan remaja dan kanak-kanak masih menjadi salah satu masalah kesihatan yang diabaikan di seluruh dunia.

Menurut NST, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mengatakan, Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan, sebanyak 10 ke 20 peratus remaja dan kanak-kanak kini mengalami masalah kesihatan mental

Statistik ini adalah sebelum pandemik Covid-19 dan ianya melibatkan individu yang berusia 0 ke 18 tahun.

Menurut Tinjauan Mobiliti Kesihatan Negara pada tahun 2019, seramai 424,000 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah mental namun kebanyakan dari mereka tidak mendapat bantuan.”

Tambahnya lagi, satu daripada lapan remaja berusia 10 ke 19 tahun dan satu daripada 10 kanak-kanak berusia lima ke sembilan tahun dianggarkan mengalami gangguan mental kebanyakannya tekanan termasuk gangguan perkembangan (mental atau fizikal yang tidak normal atau tertangguh).

Shutterstock 1347450608Resizee

Malah, bunuh diri merupakan punca utama kematian remaja berusia 15 ke 19 tahun.

“Antara faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental termasuklah pendedahan terhadap keganasan, penganiayaan rakan sebaya, buli, kesunyian dan pengasingan sosial.

“Masalah kesihatan mental juga boleh memberikan impak kepada kesihatan keseluruhan kanak-kanak, kebolehan pembelajaran dan penyertaan yang secara tak langsung mengehadkan peluang mereka untuk mencapai potensi yang menyeluruh.

Mereka yang terkesan memerlukan sokongan untuk membangunkan kemahiran sosial dan emosianal bagi mendapat kehidupan yang lebih sihat.”

Kalau ada antara korang atau orang yang rapat mengalami tekanan atau depresi, korang boleh hubungi Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Mental dan Psikologi di talian 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian kasih di 15999 atau WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

 

Baca: Habiskan 6 Jam Setiap Hari Dalam Trafik Boleh Sebabkan Masalah Kesihatan Mental Yang Serius

Screenshot 2022 08 30 At 1.37.33 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.