Sejak Malaysia beralih ke fasa peralihan ke endemik, banyak syarikat dah mula beroperasi macam biasa dan meminta agar pekerja mula kembali menjalankan tugas di pejabat.
Namun begitu, sejak semua dah kena balik semula ke office ni dapat dilihat makin ramai mengadu tersangkut berjam-jam dalam trafik. Katanya lagi teruk dari sebelum MCO!
Malah baru-baru ini, BERNAMA kongsikan kisah seorang wanita berusia 35 tahun yang mendakwa dia telah menghabiskan masa hampir enam jam setiap hari untuk pergi dan pulang dari tempat kerja.
Katanya, selepas perlu pergi semula ke pejabat, dia telah bertolak dari rumah pada pukul 6.15 pagi setiap pagi dari rumahnya di Nilai, Negeri Sembilan dan perlu melakukan perjalanan sejauh 60km untuk ke pejabatnya di Kuala Lumpur.
Wanita ini kemudiannya hanya tiba di rumah pada jam 9 malam dan ketika itu anaknya telah pun masuk tidur.
Disebabkan perlu menghabiskan masa yang lama di atas jalan raya, wanita ini telah menghabiskan hampir 120 jam di atas jalan raya setiap bulan hingga membuatkan tangan dan belakang badannya sakit.
Kadang-kadang saya rasa stress sampai dengar bisikan untuk langgar kereta di hadapan.”
Disebabkan ini, Prof Madya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari yang juga merupakan penasihat kanan pakar psikiatri di Universiti Malaya kongsikan, jika seseorang selalu tersangkut dalam kesesakan jalan raya, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan mental dan tekanan kronik termasuk kemurungan dan anxiety.
Tekanan ini akan meningkat sekiranya seseorang itu sering lambat untuk tiba ke pejabat dan dihukum atau diberikan amarah oleh majikan dan secara tak langsung boleh memberikan kesan ke atas emosi dan produktiviti kerja.”
Tambahnya, jika perkara ini diambil ringan, ia boleh menyebabkan seseorang individu mendapat tekanan darah tinggi, sakit jantung atau kencing manis.
Pakar di Pusat Penyelidikan Psikologi dan Kesejahteraan Manusia Prof Dr Rozmi Ismail mengatakan penyelesaian yang sesuai untuk masalah ini adalah dengan membenarkan pekerja untuk bekerja secara fleksibel.
Ini bermakna membenarkan waktu kerja secara berperingkat di mana semua orang tak perlu keluar pada waktu yang sama atau mengamalkan sistem rotasi yang membenarkan pekerja untuk datang secara bergilir ke pejabat.”
Memang stress kan? Bukan je stress bila stuck dalam jam, sesak dalam pengangkutan awam pun boleh tertekan.
Baca: Pekerja Boleh ‘Apply’ Nak Kerja Secara Fleksibel Seperti WFH Bermula 1 September Ni!