in

“Makin melampau!” – Pelarian Rohingya Dah Jadi Nelayan Di Malaysia, Siap Nak Tubuh Persatuan Nelayan Sendiri

Feature 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh tentang isu pelarian Rohingya menuntut hak mereka daripada kerajaan Malaysia. Sampai ada yang bergaduh dekat Facebook sebab tak puas hati dengan tindakan mereka tu. 

Kali ini ada isu yang lain pula timbul apabila ada segelintir pelarian Rohingya di Malaysia yang telah menjadi nelayan secara haram di perairan negara ini, lapor Harian Metro.


Rohingya 1

Perkara ini telah disahkan oleh Che Ani Mat Zain iaitu wakil Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (Jaring) dan ianya telah menyebabkan aktiviti tangkapan ikan oleh nelayan tempatan terjejas. Kesian nelayan kita. 

Jika sebelum ini nelayan tempatan di perairan Semenanjung Malaysia terpaksa berdepan dengan nelayan pendatang tanpa izin (PATI), sekarang mereka juga harus berhadapan dengan etnik Rohingya ketika mencari pendapatan.

Katanya, golongan tersebut memiliki sampan sendiri dan memukat ikan sehingga mengganggu kegiatan nelayan tempatan. Macam dah melampau je dorang ni. 

Rohingya 4

Difahamkan, etnik Rohingya tersebut juga dikatakan telah menebang pokok di kawasan paya bakau untuk membina rumah. Ada jugak yang kata dorang ni yang bersikap samseng.

Manakala, 40 pemilik sampan Rohingya di Pulau Pinang mahu menubuhkan Persatuan Nelayan Rohingya Pulau Pinang di Teluk Kumbar. Jadi, dorang ni dah langgar Akta Persatuan Nelayan 1971. 

Jadi, persatuan nelayan tempatan berharap agar perkara ini diselesaikan dengan segera sebab mungkin dorang boleh menyeludup lebih ramai pelarian masuk ke Malaysia. 

Baca: “Etnik Rohingya di M’sia tiada hak kemuka sebarang tuntutan kepada kerajaan” – Menteri KDN

Rohingya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.