Seorang warga asing berkelakukan kasar kepada warga tempatan, kelakuan tidak bermoral itu tular menerusi satu rakaman video di Twitter dan sekaligus mengundang amarah warga tempatan
Makin kurang ajar
Video yang berdurasi 1 minit itu memperlihatkan seorang lelaki yang dipercayai warganegara asing sedang bertengkar dengan seorang lelaki.
Berdasarkan pemerhatian, mereka bertengkar mengenai laluan kereta masing-masing, salah satu kereta enggan berundur. Situasi menjadi bertambah tegang apabila mat salleh tersebut menggunakan fizikal dengan menolak lelaki tempatan itu ke dalam kereta untuk memaksa dia yang berundur.
Dalam video itu, difahamkan lelaki warga asing berkenaan keras kepala kerana dilihat kereta putih di belakangnya sudah pun berundur. Ketegangan itu akhirnya dileraikan oleh individu yang merakam, dipercayai isteri lelaki tempatan itu yang meminta suaminya untuk masuk ke dalam kereta.
Dalam masa 2 hari, video tersebut telah meraih 4,497 jumlah retweets dan rata-rata netizen bengang tengok sikap warga asing ini.
Dalam pada itu ramai yang memuji sikap lelaki warga tempatan ini kerana mampu kawal emosi dengan baik. Biarpun lokasi dan waktu masih belum dikenalpasti, ada yang mengatakan bahawa kejadian ini berlaku pada Januari lepas.
Apa pun, diam dan bersabar itu adalah lebih baik, belum tentu lagi orang ada kesabaran setinggi lelaki ini dengan cuaca panas terik macam tu.